Thursday, October 8, 2009

Nota cinta buat jiwa yang berhati-hati.



Wa min aayatihi an khalakhalakum min anfusikum azwaajan litaskunu ilaiha wajaa'la bainakum mawaddatan wa rahmah......ilal a'khir aaayah.

"dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kalian , pasangan dari jiwa-jiwa kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kalian (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir"..


1) min anfusikum....dari jiwa-jiwa kaian sendiri. Ertinya, hal pertama yang dibicarakan Al-Quran tentang pernikahan dua manusia ialah KESEJIWAAN.. Kata nabi, Ruh itu seperti tentera. Jika codenya sama, belumpun saling melihat, mereka pasti berpakat. Maka, apakah code yang dimaksudkan? iaitulah komitmen kepada Allah dan agamanya. Itu sahaja. Itulah kesejiwaan.


Ramai manusia menumpukan sepenuh perhatian untuk memberi komitmen terhadap rumahtangga dan perkahwinan dan mereka bahagia hasil dari usaha mereka itu. Bagaimana pula jika diisbatkan pada komitmen terhadap Allah dan agamanya dalam membina rumahtangga. Itulah komitmen yang lebih besar iaitu kesamaan visi untuk memperjuangkan agama Allah.


2)azwaajan... pasangan hidup. pendek. ringkas. Tepat dan cepat. A-qur'an menyarankan kedua-dua insan yang telah ketemu persamaan dalan kesejiwaan itu supaya cepat-cepat berstatuskan 'pasangan'. dalam erti kata lain, bernikah. Mereka harus menjadi suami isteri. tidak ada saranan lain sebelum sah menjadi isteri kepada suami dan suami kepada isteri.


3) Litaskunu ilaiha...supaya kalian tenang, tenteram, tenang kepadanya.kata ' Li' menunjukkan automatiknya sesuatu perkara itu terjadi selepasnya. iaitulah 'taskunu'..kamu tenteran dan tenang. Itu pasti berlaku, automatically. 'Taskunu' kata dasarnya ialah 'sakinah'. bahagia.. dan innilah terjemahan dari maksudnya pernikahan itu separuh agama seseorang..


3) wa jaa'la minkum mawaddatan... kemudian, ada yang harus diproses, diusahakan iaitu mawaddah. kata 'wa' adalah pemisah dari langkah demi langkah yang disarankan Al-quran. permulaanya denga 'kesejiwaan' dan 'menjadi pasangan', kemudian barulah munculnya 'mawaddah'. Mawaddah itu apa? Mawaddah itu cinta yang erotis dan romantis. Bentuknya disekpresi dari sudut yang paling batin hinggalah sudut yang paling zahir, yang sifatnya yang berupa emosi hingglah sifatnya yang berupa seksual. Inilah mawaddah.


aku melihat rata-rata manusia pernikahannya tidak dimulakan dengan kesejiwaan, tapi dengan mawaddah semata. Sebelum diikat dengan sah, mereka telah menikmati cinta yang bersifat erotis romantis itu. Hatta di kalangan mereka yang menggelarkan diri sebagai pejuang yang lebih sinonim dengan nama sahabat sahabiah, atau ikhwah dan akhwat yang asalnya bermisikan jihad fi sabilillah, mampu tertipu kerana meletakkan mawaddah bukan pada tempatnya, tidak mengikut kronologi saranan Al-qur'an ini.. Zalim terhadap cinta, mangsanya ialah pasangan dirinya sendiri.


Pethatikan..bunga, chocolate, kata-kata rindu dn bisik-bisik cinta itu juga mawaddah bagi manusia biasa. Bahkan bagi mereka yang bergelar ikhwah dan akhawat itu, sms yang berisi nasihat "Bertaqwala kepada Allah" misscall tahajjud, hadiah buku berjudul 'Jagalah Hati' atau 'Jadilah Muslimah Solehah' dan sebagainya, itu juga mawaddah. Bentuknya sahaja yang berbeza. Yang satunya bunga, kad dan chocolate dan yang satu lagi buku-buku dan kaset dakwah. Namun sensasi yang dirasakan oleh pemberi dan penerima sebenarnya sama; Mawaddah.


Demi Allah! Rasanya sama bukan? Hati-hati dengan mawaddah..sahabatku, meskipun engkau aktivis dakwah, mulakan jalan itu dengan kesejiwaan dan jangan pernah sesekali mencuba-cuba untuk merasakan kemanisan mawaddah sebelum dihalalkan. Mawaddah sebegitu haram buatmu. Menghalalkan perkara yang diharamkankan dalam soal ini hanya akan mengaburkan KESEJIWAAN dan membuatkan segalanya berantakan..



4) Wa rahmatan..dan rahmah..


Yang harus diusahkan juga bukanlah sekadar mawaddah tetapi rahmah.. Tingkatan ini lebih tinggi dimana inilah cinta yang memberi bukan menerima, berkorban bukan menuntut, berinisiatif bukan menunggu dan bersedia, bukan mengharap-harap..

buat mereka yang ku cinta.. selamanya kita di saffNya.