Saturday, December 27, 2008

Taman Cintaku

(Melodi :mahligai cinta -inteam)

Duhai Kasih telah kau dengarkan
Isi hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keyakinan
Ku dambakan pengawasan

Jangan kau biar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Binaan kehambaan

Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika Kau beriku ’harapan’

Dan sering aku harapkan
Cinta yang tiada tepian
Dan kasih suciMu kan terus menerangi

Ku cuba sedaya
Agar dirahmati
’perhubungan’(halumminallah) yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa kehilangan
Andai cintaMu menjauh

(Allahku, ku harapkan cintamu kan terus kekal buatku selamanya)

Engkau berikanlah
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
Aku mengharapkan ketulusan cinta ini
Hingga terbina Taman cintaku

Monday, December 15, 2008

Taman cinta

Taman Cinta.

Aplikasinya mungkin tak seindah apa yang dibayangkan, tetapi dengan menghadapinya dengan cinta dan sabar, terbentuklah realiti taman cintaku itu..
Aku yakin ini dalah petunjukNYa, saat aku mungkin terlepas dari tipu daya syaitan, godaan hawa nafsu dan runtunan emosi. Hari demi hari, aku perlu gandakan ketergantunganku padaNya.

Akalku mesti terus bekerja, hatiku mesti terus berfungsi.Amalku jangan berkurang kerana itu pendindingku.

Duhai akalku,teruslah berfikir untukNya sebagaimana darah tidak pernah berhenti mengalir dalam tubuhku.
Duhai hati, teruslah bermujahadah malawan nafsu dan bisikan si laknatullah sebagaimana jantung tidak pernah berhenti berdegup mengepam darah itu.
Berfungsilah dan tunaikanlah amanah masing-masing menurut fitrah yang ditetapkanNya,
Sungguh... duhai akal dan hatiku, Tuhan kita tidak pernah menghentikan nikmatNya untukku.

Sabar dalam mencari ruh tentera Allah yang hakiki. Bersiaplah untuk berlari dengan lebih kencang. Jangan sesekali matlamatku tersasar atau alasan yang menempel padanya. Jangan bersedih duhai hati. Aku bukannya menandakan titik perpisahan dengan mereka. Mereka tetap di hati tetapi cukuplah Allah menemani.

Duhai diriku, Taman Cinta melihat dengan cinta dan peluang, bukan dengan risiko. Berpegang teguhlah pada falsafah cintamu. Ingatlah semula pada bukti-bukti dan perkaitan yang telah Dia tunjukkan padamu..

Jadilah dirimu pelita. Apa ertinya cahaya jika sesungguhnya pelita itu adalah dirimu sendiri? Cahaya sangat penting, tetapi memiliki pelita jauh lebih penting. Apa yang dimiliki pelita tak semestinya dimiliki cahaya, sebab cahaya hanya memiliki terang sedangkan pelita memiliki terang dan gelapnya sekaligus. Orang yang menapaki jalan menuju Allah ialah orang yang tidak hanya siap menerima cahaya, tetapi juga berani memasuki kegelapan.

Taman cintaku bukanlah tindak balasku terhadap perlakuan manusia tetapi ada sumbernya. Segalanya bersumberkan cinta. Cinta, ya..begitu luas skopnya. Dalam cinta ada kelembutan, ada susun atur yang tertib dan kesopanan, ada tertib kata dan sikap yang halus, ada diam dan bicara rahsia, tenang dan menenangkan...
Duhai diri, jangan nanti mengukur sebanyak mana cinta yang kau berikan untuk mereka, ia hanya memalapkan cahaya di taman cintamu. Supaya engkau tidak memikirkan ukuran cintamu, cubalah memikirkan ukuran cinta tuhan terhadapmu. Kemudian, ukur pula sejuah mana engkau menyerap cintaNya itu. dalam ralitmu merembeskan cintamu kepada mereka sehingga mahu mengukur kurang-banyaknya cinta yang ditumpahkanmu. Saat itu,wahai yang bertaqwa, berpalinglah dari cintamu, berpalinglah kepada cintaNya. Itu fitrah taman cinta.
.... KeindahanMu itu kau lampiaskan pada makhlukmu. Makluk itu cantik kerana Engkau sangat, terlalu, maha cantik, tepatnya Maha Indah... KeindahanMu itu tidak digambarkan pada zatMu kerana hamba mengenalMu melalui asma' dan sifatMu: "ruhMu"... Kecantikan hakiki pada makhlukMu ialah kecantikan ruhnya yang dilampiaskan oleh asma' dan sifatMu. Maka lebih patut untukku melihat ruh dari rupa... Duhai Allahku, melihat ruh itu adalah dengan HATI.. Hanya HATI yang merindukanMu dapat membaca dan berinteraksi sesama hati. Itu fitrah rabitah hati yang telah Engkau ajarkan padaku.. Ya, mereka dihubungkan dengan cinta padaMu yang ada pada hati. CINTA HAKIKI, Duhai Taman Cintaku...

Tuesday, December 2, 2008

"Assalamualaikum warahmatullah...." Bisikku ke arah kiri.

Dalam samar cahaya, aku memandang ke jam dinding. 4.30 pagi.masyaAllah.. hampir dua jam setengah aku tenggelam dalam munajatku. kalau aku lambat bangun, pasti aku lambat ke kuliah lagi.
Kena lagi dengan ustaz Naim. Aku memutuskan untuk tidak tidur. aku ke meja belajarku. Planner harian aku belek untuk melihat sepintas lalu perkara-perkara yang aku rancang untuk lakukan hari ini. siapa yang akan ku ketemu, buku apa yang harus dipinjam, sahabat mana yang harus aku ziarah, giliran siapa sms peringatan yang harus aku tujukan, dan tentang assingment aku. aduh, assingment! kenapalah engkau menjadi list terakhirku. tak mengapa, sekurang-kurang engkau masih berada dalam senaraiku kerana assingment Allah lebih penting.

aku memandang ke papan nota dihadapanku. sahabat-sahabatku sedang tersenyum manis di dalam bingkai gambar terpapar di hadapanku. aku tersenyum, terima kasih duhai sahabat-sahabat seperjuanganku. Tanpa kalian, aku pasih merangkak lagi. Syukur padaMu Allah, kekasih hati.

" KepadaMu Allah ku panjangkan doa agar berkekalan kasih sayang kita,ku pohon restu agar kita kekal bersatu..
Kepadamu teman ku pohon sokongan pengorbanan dan pengertian
telah ku ungkapkan segala-galanya..." aku membaca petikan ayat yang kutulis di sisi bingkai itu.
__________ _ _ _ ___________

alarm hensetku berdering. aku tersentak.
"huh..termenung lagi" aku membisik kesal.
3 november 2008, umurku 22 tahun. kemana hilangnya palnner-planner aku, ke mana hilangnya bisik-bisik cintaku di dua pertiga malam. ke mana bacaan-bacaanku. kemana taqarrub dan munajatku padaMu Ya Allah.... Ampunkan aku.

Ya Allah.. tunjukkan aku jalan pulang.
Setelah sekian lama, aku tertipu dengan perancangan yang tidak membumi. aku tertipu dengan ideologi-ideologi talam dua muka. Aku tertipu dengan perasaan sendiri. aku tertipu dengan harapan yang ku cipta.

Leraikan segala Ya Allah...
aku mahu pulang Ya Allah.. aku mahu pulang..
tetapi,Bagaimana pula dengan perjuanganku?
Ya Allah, tuntun hatiku dahulu sebelum aku bertindak seperti orang-orang yang kau tempelak dengan ayat" kenapa kamu mengatakan perkara yang tidak kamu lakukan?"
aduhai sahabat-sahabatku.. berikanku masa. Maafkan aku untuk menjauh dari segalanya untuk saat ini. Biarkan aku kerana aku sedang..
Mencari Diri Yang Hilang....

_____________________________________________

Monday, December 1, 2008

Berikanku kekuatan

Bila mentari bersinar terang
terpancar cahaya suria
memuji kegungan tuhan pencipta
meninsafi kedhoifan

bila mentari menghilang diri
terbit pula kenangan lalu
tertunduk ku pasrah
sedihku menyepi
hanyut dalam arus berliku

Oh tuhanku yang esa
ampunilah hambamu
berikanlah ku kekuatan
mengharungi mehnahmu

ku pohon restu hidayah darimu
rahmatilah hidupku
terimalah taubatku
penghapus segala dosaku

YA KARIM........................
YA ALLAH.......................
YA RAHMAN..................
YA RAHIM.....................

Deruan ombak menghempas pantai
bergelora di pukul badai
himpunan buih di tepian
ia tidak berkekalan
begitulah hidup manusia..

Wednesday, November 5, 2008

Bilamana semua insan di sekitarku lemah..
bilamana hati mula tersentak, rasa mula terkedu, akal mula terjentik..
bilamana ku sedari hakikat
siapa itu khalifah?
apa fungsi seorang khalifah?
apa amanah khalifah?
apa perasaan seorang khalifah?
apa sikap seorang khalifah..apa sikap seorang hamba?

hidup dalam nafas seorang hamba
rasanya mahu sahaja aku menyisihkan diri
dari semua yang lemah
hidup dalam nafas khalifah pembawa amanah
rasanya mahu aku tumpukan perhatianku pada insan2 itu
tetapi sikapku yang pelupa dan juga lemah
menemukanku kepada kekecewaan
bilamana mereka semua kusedari lemah belaka
tapi aku tak boleh tinggalkan mereka
jangan sesekali wahai diri
kemungkinan mereka penguatmu ketika engkau lemah
maka ketika ini
engkau penguat mereka
tetapi ya Tuhan
siapa yang mahu mendengar kata-kata diri ini?
aku kecil berbanding mereka
berikanku semangat dan kekuatan..

Tuesday, November 4, 2008

NIKMAT

Ku hayati pagi ini Ya Allah..
Dimana pada pagi ini kerajaan alam buana ini ditangan Mu
Puji tahmid untukMu
Tidak ada yang mampu menyamaiMu
Kuhayati pagi ini atas landasan fitrah dan khuluq seorang muslim..
berpegang atas prinsip keikhlasan dan prinsip diikhlaskan
berpegang kepadaDiinmu wahai Muhammad Sallallahualaiwasallam..
yang juga agama 'ayah' kami Ibrahim alaihi wasallam dengan setulus hati...

diri ini,
adakah nikmat-nikmat yang ada akan melemahkanmu?
Bukan untuk itu wahai diriku
Tapi untuk memudahkan..mengindahkan..
itu kias Cinta
lantas, apa fungsinya deria-deria ini?
tak lain tak bukan
hanyalah wasilah untuk mengenalNya
Tuhan..
Hamba tak tahu untuk hiidup tanpa Cinta
Cinta hakikilah jawabnya
kerana yang selainnya hanyalah fana'
Adakah hati ini kan kembali berpaling?
Pelihara diri ini Ya Allah..

Diri ni,
Hiduplah sebagai hamba
kerana kau tak layak, tak mampu untuk
berperanan sebagai apapun selain hamba.
Bagaimana engkau boleh tidur sedangkan engkau belum bangun?
bagaimana engkau memilih untuk bermimpi
sedang engkau sedang mengalami mimpi
melakonkan watak seorang manusia di pentas fana' dunia
bagaimana engkau boleh menurut keinginanmu
sedangkan makhluk lain menurut kehendakNya tanpa bantah..

Diri ini,
adakah engkau mahu berpaling
hanya kerana engkau dikurniakan akal dan kemahuan?
Sedarlah diri ini,
akal itu wujud untuk mencariNya
kemahuan itu wujud keran fungsinya hanya untuk Cinta AgungNya
ibrah fikirnya Al Adawiyah dan Al Basri
itulah manifestasi Cinta dalam Taat, Taat dalam Cinta

Benarlah
setiap yang hadir di hadapan mata
setiap tang melintas di cuping telinga
setiap yang terasa di hujung jari

hanya untuk mengingatiNya..

Monday, November 3, 2008

Pesan hari ini

"wahai ikhwan, berimanlah dengan Allah, berbanggaah kerana kamu mengenalinya. Bergantunglah kepadanya dan letakkanlah harapan kamu kepadaNya. Jangn kamu takut kepada yang lain.." -Hasan Al Banna

Sunday, November 2, 2008

Ayat-Ayat Cinta - lirik sebenar.

desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisahku di antara
cinta yang rumit

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan demi Cinta Yang Agung
ku pertahankan

maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin kucegah
ayat-ayat CintaMu bercerita
cintaMu padaku

bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama ( Al Anfal:23,24)
namun harus ku gandakan Cinta
untuk ku bersujud


Tafsir Ayat-Ayat Cinta:
Bait 1
padang pasir yang tandus, kering kontang tanpa air, namun kadang-kadang wujud bayangan air, itulah fatamorgana. begitu juga hati ini, semakn tandus cinta yang hakiki, disangka wujud bertapak di hati namun ia juga seperti fatamorgana itu, angan-angan memiliki cintaNya yang hakiki. Dalam kegoyahan itu,datang pula ujian cinta duniawi. antara dua kasih, cinta yang agung atau cinta insani, rumit benar menepis cinta duniawi...

bait 2
bila aku selalu diuji, hati ini telah kalih dengan persepsi cinta duniawi. ujian demi ujian datang untuk memastikan diri ini berdiri dengan keyakinan yang pasti. Bila keyakinan ini datang, kasihku bukanlah lagi sekadar kerana mahukan syurgaNya, bukan sekadar untuk mengelak nerakaNya, malah kasih kerana cinta untuk menghadap wajahNya, rindu yang kuanyam dulu menjadi hamparan sejadah untukku bertemu denganNya, kini terburai dek mutiara bertaburan berserakan dari terlafaznya bukti cinta suci di pertemuan ini. Cinta AgungNya inilah yang mahu aku pertahankan, maka pengorbanan demi pengorbananlah galang gantinya demi Cinta itu.

bait 3
wahai insan,maafkan aku kerana aku tak sempurna untuk menyintai insan yang juga tak sempurna sepertiku. aku tak mampu menyintaimu sepenuh hatiku, kerana hati ini milik tuhan yang menjadikanmu.
wahai Tuhan, aku tak pandai untuk hidup tanpa cinta. tak mungkin ku cegah kehadiran cinta di hati, samada cintaMu atau cinta insani, salah satunya pasti mengisi dan takkan berkompromi,maka berikan cintaMu, kerana ku tak mahu zalim terhadap hati yang kau pinjamkan ini, meletakkan cinta kepada bukan yang sepatutnya.

bait 4
Cinta Hakiki.. itulah kebahagiannya yang sebenar. Kata surat cinta Ilahi di dalam 'sampul' Al Fath ayat 4, sakinah itu kebahagiaan yang hakiki. bila ini terjadi, pastinya ku akan merasakan makna kehidupan yang sebenar. Itu janji Sang Kekasih dalam surat(surah)nya yang bersampul Al-Anfal ayat 23 dan 24. Ayat hidup yang menjanjinya kekalnya diri di samping rabbi.
namun semua ituakan tercapai, HANYA apabila cinta di hati ini CINTA ILAHI,
Ya Allah.. semai hidupkan ma'rifat dan mahabbahMu, moga aku menyedari betapa bergandanya cintamu, supaya aku turut menggandakan Cinta ini.

ulangtahun cubaanku

setiap kali bila exam is around the corner, dugaan yang sama datang menjengah. Alhamdulillah, kali ini walaupun acuan dugaannya sama, hati ini semakin 'kalih'. dulu, setiap kali aku merenung nota tanganku, air mata menitis tak henti mengenangkan kenapa aku yang terpilih untuk hadapi dugaan yang hampir tak terganggung ni. basah lunyai nota tanganku yang sememanya dah lunyai, tambah pula aku jadikan ia keratan-keratan kecil. kali ini, notaku bertaip, bersaiz a4 ( besar ckit) dan bercover dengan plastik dari lebihan sheet protecter untuk kerja projek KKBI aku gunakan. biar kalis dr air mataku ni...menjadi-jadi pula metaforaku ni..tapi betul. Tapi.. tak keluar pula air mataku kali ni, biar pun aku tahu si dia mengkhianati diri dan prinsipnya, itu bukan urusanku lagi.betapa manusia pelupa. tapi kenapa pada kebanyakan insan yang aku sayang? Mungkin Dia mahu aku faham, baik sesipa sahaja makhluk yang bergelar manusia, pasti dia pelupa, termasuklah aku. pada sahabat bukan seperjuangan yang mengkhianati diri dan prinsipnya, aku sudah kalih dengan msalah hati. pada sahabat seperjuanganku yang aku hormati, sebolehnya aku tak mahu perkara itu berulang kembali. jagalah dirimu baik-baik. "Wanita cantik boleh dicari di mana-mana, bila sudah jumpa, letakkan saja iman padanya, lengkaplah dia sebgaai wanita solehah yang engkau idam-idamkan"...begitukah? Bukan sahabatku, iman itu dari Dia, hati itu milik Dia. hakikatnya, segalanya terbalik.. iman itu wajah cantik yang hakiki, rupa sebenar wanita itu di alam yang kekal nanti. dunia yang fana' ini tak pernah sesekali mahu menggambarkan kecantikan seorang wanita di wajahnya dengan ukuran iman. bila wanita itu mati, pakaian jasadnya akan hancur, seolah bangkai luput dek dimamah bumi. hancurlah topeng jasad itu, yang tinggal hanyalah wajah sebener wanita itu. Kecantikannya bergantung kepada iman dan taqwanya. Jika dia cantik, maka dia akan lebih cantik dari bidadari syurga, kerana wanita tadi adalah pemimpin kepada bidadari2 tadi.. dapatkah kau bayangkan keindahannya.. kau tak mampu. tapi kau harus yakin, cantiknya wanita yang kau idamkan itu bairlah yang cantik untuk selama-lamanya. barulah engkau tak tertipu dengan pilihanmu.

Tuesday, September 30, 2008

Simfoni Hidup

Menjejaki susur para pejuang Islam ini!


Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al-Mu'minun.1-5
" Maka telah berjayalah orang-orang yang beriman." " Yang khusyuk di dalam solatnya" " Yang bepaling dari perkara-perkara yang melalaikan." " Yang menunaikan zakat." " Yang menjaga maruah-maruah mereka."
Ucapan Rasya Ummu Muhammad isteri kepada as-syahid Abdul Aziz Ar Rantisi
Sewaktu kematian suaminya itu beliau ditemubual oleh wartawan IslamOnline di dalam rumahnya, sewaktu ditemubual kedengaran di luar rumah suara riuh rendah dengan laungan penuh semangat kaum wanita yang mahukan Rasya Rantisi keluar menyampaikan ucapan kepada mereka.
Beliau menyudahkan temubualnya seterusnya dengan penuh bersemangat, Rasya melangkah gagah keluar daripada rumahnya menuju kearah perhimpunan ribuan muslimat yang telah lama sedia menanti.

Bagaikan seorang srikandi, Rasya memulakan pidatonya

"Demi Allah, sesungguhnya saya sangat bangga dan mulia berdiri disini pada hari ini. Pada hari ?perkahwinan? suami saya yang dijodohkan dengan 72 bidadari dari syurga. Saya memohon kepada Allah yang maha Tinggi lagi Maha berkuasa supaya membahagiakan suami saya bersama bidari-bidarinya."

Rasya terus bermadah

"Sesungguhnya hati merasa sedih, sesungguhnya mata menitis air. Perpisahan denganmu sememangnya menyedihkan aku wahai Abu Muhammad. Akan tetapi aku memohon kepada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Berkuasa supaya mengilhamkan kesabaran kepadaku, kepada anak-anakku dan kepada seluruh bangsa palestin dan umat Islam".

"Tiada apa yang saya mampu katakan selain daripada Ya Allah, berilah ganjaranMu kepada Gerakan Kebangkitan Islam (Hamas) di atas musibah yang menimpanya ini dan gantilah dia dengan lebih baik daripadanya."

"Jika Abdul Aziz ketika hidupnya merupakan sumber kekuatan bagi Hamas, maka sesungguhnya ketika Allah menetapkan ajalnya, demi Allah ia tidak mengsia-siakan gerakan Hamas. Allah pasti tidak akan membiarkan gerakan Islam ini. Sesungguhnya Abdul Aziz telah pergi dan sebelumnya Syeikh Ahmad Yassin. Tetapi disana ada beribu-ribu Ahmad Yasin dan Abdul Aziz Ar Rantisi."

Setelah berucap panjang, beliau menutup ucapannya dengan penuh semangat

"Di hadapan kita tidak ada pilihan lain selain dari penentangan berterusan terhadap penjajah. Moga Allah memberkati rakyat ini."-

Sunday, September 28, 2008

sisa tarbiyyahku di akhir Ramadhan..

cerita hidupku, mahu sahaja aku bukukan
tapi untuk apa?
siapa yang mahu baca?
Biarlah..
aku tak perlu menterjemahkan segala untuk difahami
cukuplah Allah sudah mencatat segala
dalam bukuNya..

27 julai 86
tangisku memecah keheningan pagi
darah basah menyalut tubuh
menyelimut diri ke dunia dengan rahmatNya..

Farhana
sudah lama ibu bapaku fikirkan nama itu
tangisku berpanjangan,
silap, bukan itu nama yang tertulis di luh MahfuzNya.

hanisah
kekal panggilan itu dikalangan sahabat bukan ahli keluarga
yang bertaqwa..
itu maksudnya, terima kasih bonda ayahnda.
Berkat doa, kupanjangkannya semoga diri bertaqwa hingga selamat bertemu Dia.

zaman kanak-kanakku di kuala lumpur
gagal ku cungkil ingatanku terhadap kehidupan itu.
hanya imiginasi membayangi dari cerita-cerita ibu
jerih perih bonda dan ayahnda di kota itu
pernah
ibu mengharung air laju
berlari mendapatkanku yang terkuak-kuak di buaian
dalam hujan banjir
rumah mini tempat tempat bonda, ayahanda dan aku hidup
sebagai cebisan dari rantaian kisah hidup ini.

ayahanda,
berulang alik pagi dan malam
ke tempat kerja
bangga membayangkan
setiap titik peluh kayuhan basikalnya ke destinasi mencari nafkah halal
ikhlas demi sesuap nasi untuk mengenyangkan perut ini.

hijrah ke utara
disitu dunia adik-adikku bermula
bonda berjalan kaki berulang pergi ke tempat kerja
ayahanda mampu membeli motor, bertambah mudah untuknya meneruskan pencarian rezkiNya.

hati ibu makin terubat
pergi anaknya setelah 9 hari menderita
adikku syazwani yang kukira umurnya 21 jika dia masih ada.
alhamdulillah, ibu redha..
kami bertiga sebagai permata..

Asuhan bonda dan ayahandaku
berjinak dengan tudung sejak usia 5 tahun
ketika itu, aku malu
kelihatan pelik keseorangan bertudung
di kalangan kawan-kawan sepermainan
akhirnya mendesak bonda-bonda mereka
membeli tudung yang sama sepertiku
kini aku tersenyum.

langkahku ke tahun 1
SK St Mark
satu-satunya sekolah di qaryah itu
tahun demi tahun bersilih ganti
aku mula pandai menghitung waktu.
hijrah lagi aku 2 alam menuntut ilmu yang berbeza waqi'

Langkahku ke tingkatan 1
SMKA (A) Yayasan Khairiyyah
21 maddah yang ku kira rebah jika aku mendalaminya semula
peluang keemasan terlepas begitu sahaja
kerana aku tak tahu..
ada jalan untuk kembara Ilmu ke tanah Anbiya'
ada wasilah untuk bertemu dengan ia
yang mencelikkan mataku kini

hijrahku ke dunia yang menuntut aku berdikari
dimarah, dibuli, manis aku mengenangkan saat itu
desakan dan tekanan menjadikanku
orang pertama yang menyalakan lampu surau
sebelum subuh setiap hari
jika warden tahu, aku akan kena lagi.

langkahku ke dunia matrikulasi
pahit getir semester pertama
krisis mencari identiti
mula mengenal erti kecenderungan
mujur aku terpagar sejak azali
terima kasih Rabbi

semester 2
hidayah menyapa lagi
aku terima lamaran
dari seorang sahabat
bermuqaddimahkan ayat 47:7
untuk menyertai perjuangan yang suci.

Ya Allah..
duniaku berubah
baru ku kenal erti ukhwah
satu semester
hanya sekitar tempoh itu aku sempat bersama sahabat sejati.
mentarbiyyah setiap hati
supaya setiap kali mereka bangun di pagi hari
" apa yang aku boleh buat untuk islam pada hari ini?"
adalah soalan yang pertama yang mereka fikir dengan kesedaran yang hakiki.

Demi perjuangan itu
Aku gadaikan masa
yang boleh aku guna untuk melangkah ke IPT
Aku tak mahu kehilangan hidayah ini
Apa sahaja sanggup ku lalui
agar anugerah ini tersimpul kukuh di hati.
akhirnya,
aku ke sini
berbekalkan tarbiyyah yang sempat ku kaut di matrikulasi
inginku beri pada setiap jiwa di tempat ini.

di awal langkah, aku buntu
tangisku memohon petunjuk saban hari
aku ditemukan dengan seorang mujahidah
yang aku kagum sehingga kini
walaupun landasanku tak sama lagi
cukup dengan tujuan dan destinasi yang sama pasti
terima kasih kerana membantuku di awal hari aku meniti jalan di sini.

semester 1 ijazah
aku ditemukan dengan beberapa hati
yang kabur tafsiranku
adakah mereka orang-orang yang benar dalam perjuangan ini?
ternyata perkiraanku tidak salah,mereka benar,
tetai aku mahukan yang lebih tepat dan jitu.

bagaimana ini Ya Allah..
tunjukkan aku jalan keluar.

sesekali aku menjengah ke luar jendela kampusku
masih adakah jalan lain
sebagai wasilah untuk bertemu Rabbi,
dalam keterikatan ini?
aku pasrah.
Aku perlu petunjukMu untuk teruskan hidup ini.

pesan ikhwan buat akhwat

Pesan ikhwan buat akhwat


Pesan ikhwan buat akhwat
Ukhtifillah..(Surat Terbuka Seorang Ikhwan untuk SeluruhAkhwat di Dunia)
Ukhtifillah,Mungkin aku memang tak romantis tapi siapapeduli?
Karena toh kau tak mengenalku dan memang takperlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmudengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah,tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu,karenanya kau tak membutuhkan persamaan.

Ukhtifillah,
Jangan pernah biarkan aku manatapmu penuh,
karena akan membuatku mengingatmu.
Berarti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiapdinding khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa,sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalkuyang masih penuh Lumpur.
Karena sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Ukhtifillah,Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikanmimpi tak berujung.
Ada ingin tapi tak ada henti.
Menyentuhmu merupakan ingin diri,
berkelebatselalu, meski ujung penutupmu pun tak beranikusentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginkukarena sucimu kaupertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapankubila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.

Ukhtifillah,
Jangan pernah kautatapku penuh
Bahkan tak perlu kaulirikkan matamu untukmelihatku.
Bukan karena aku terlalu indah, tapi karena akuseorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajahburukku,
mengenakan pakaian sutra emas.
Meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor dari Lumpur.
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kautermanipulasi.
Karena kau toh hanya manusia-hanya wanita.


Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yangdengan sepenuh hati membawamu kehadapanTuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku,
terukir dalamkitab suci, tak perlu dipikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu,
dalamrangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu, karena itu adalahhakmu,
seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukirdalam kitab suci.

Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti,
bahkan mungkin tak ada sampai kau mati.
Mungkin itu berarti dirimu terlalu suci untuk semualelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu,
yang kaubangun dengan segala kekhusyu'antangis do'amu.

Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu,
tapi itupilihan-Nya.
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yangterpilih itu,
melainkan pada jalan yang kaupilih,
seperti kisah seorang wanita sudi di masa laluyang meminta
ke-Islam-an sebagai maharpernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang KekasihTertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.
---

Friday, August 15, 2008

Nasihatku pada pembaca novel 'Cinta Islamik'

Aku baru sahaja usai membaca "ZIKIR-ZIKIR CINTA",Anam khairol Anam. SYAHADAT CINTA, Taufiqurrahman Al-Azizy. Tidak dinafikan, jalan ceritanya sungguh membuai perasaan. Adakah kedua-duanya menggambarkan kedaan sebenar gaya hidup siswa sekolah pondok,aku tak pasti. Yang aku tahu, kedua-duanya ditamatkan dengan kemenangan pada cinta. Bacalah sendiri, siapa yang menang, cinta Allah atau cinta manusia. Seboleh-bolehnya penulis mengupas kesucian cinta agung manusia kepada pasanan yang dicintainya, lebih dari cinta si Khaliq pada hambanya atau usaha cinta sang hamba pada si khaliq. Tidak jauh bezanya dengan novel-novel yang pernah ku baca sebelum ini. Adaptasi filem Ayat-ayat cinta juga kurasakan menyimpang jauh dari mesej habiburrahman al syirazy yang sebenar. Sayangnya, setiap cinta yang lahir dari cerita ini terus disandarkan dengan kalimah-kalimah agung dalam islam, cukup untuk meyakinkan manusia. Berpendirianlah ketika membaca. Bukan salah penulis menceritakan buah fikirannya tetapi boleh bertukar kepada salah kita jika tiada pendirian tetap tentang cinta, menurut buah fikirku. Bagi pembaca yang masih asyik diulit mimpi indah cinta manusia tanpa mempedulikan batas syariatNya, sesuai dibawa muhasabah jalan cerinya bagi peringkat awal perubahan, tetapi bagi pembaca yang masih tercari-cari, di atas pagar mencari jalan meniti cinta hakiki, berwaspadalah..
Aku tidak akan berkata-kata seperti ini jika aku tidak pernah merasakannya. Aku tidak akan menilai dan menasihati kalian jika aku tidak menilainya dan menasihati diriku terlebih dahulu. Nilailah sendiri, di akhir zaman ini, jarang ada 'hidayah' yang datang menyapa dengan sewenangnya tanpa halangan dan bantahan, apalagi dirai-raikan umat manusia dan menembusi pasaran. Umat Islam kahir zaman perlu terlibat dengan perjuangan yang besar.Umat Islam akhir zaman perlu 'bersatu membentuk organisasi berstrategi'. Bukan diulit mimpi cinta yang tidak tahu di mana noktahnya, malah di mana sepatutnya ia bermula..
Fikirlah.

pokok persoalan, siapakah yang lebih layak menerima cinta kita, bukanlah Khaliq kita tidak ada yang serupa dengannya? buatlah perkaitan dan pertimbangkanlah..

Hanisah Wanasan
S. Petani

Aku mencintaimu kerana Allah.

“ Aku mencintaimu kerana Allah..”
Kabur.
Bagaimana pula dengan..” aku menyayangimu kerana cintaku pada Allah”?
Berbeza. Sungguh jauh berbeza, baik dari sudut lafaz, makna yang tersuratnya atau yang tersiratnya.

Muktamad. Cinta itu hanya untuk Allah, kasih sayang untuk manusia. Apa yang dinamakan kecenderungan (nafsu) yang terbatas itulah kasih sayang dan apa yang dinamakan kecenderungan yang tidak perlu batasan itulah cinta.

Apa ada lagi pertikaian tentang itu? Aku menterjemahkan soal ini dari sudut pemikiranmu wahai kaumku. Jangan terkeliru.

Sebenarnya, dari luar sudut pemikiranmu, di dunia ini hanya ada satu perkataan yang menterjemahkan tentang kecenderunganmu terhadap sesuatu. AL-HUBB (cinta) . Cinta Allah, cinta manusia, cinta ibu bapa, cinta dunia, cinta harta...cinta sememangnya dikendalikan dengan nafsu, itu bukan tugas akal. cuma yang membezakan, dari nafsu mana cinta itu dikendalikan. Adakah dari nafsu ammarah, atau nafsu lawwamah, atau mutmainnah atau dari pecahan tertinggi peringkat nafsu mutmainnah iaitu nafsu mardhiyyah dan nafsu kamilah? Nafsu mutmainnah itu hanya milik para nabi dan waliNya.

Tetapi dari sudut adat kita,nafsu itu dikaitkan dengan dorongan syaitan. Terpisahlah nafsu terus dari takrif rasa kecenderungan suci yang kita namakan cinta dan kasih sayang. Cinta dan kasih sayang itu pula sepertinya berbeza. Cinta seolah-olah suatu kecenderungan yang paling tinggi, kasih sayang itu pula rasa kecenderungan yang disifatkan dengan keterbatasan, tidak setinggi rasa cinta. Maka, jika masing-masing ditafsirkan berbeza, berikanlah kedua-dua perkataan itu dengan hak makna yang sesuai dengannya dan hakikat hak terjemahannya yang benar.
La ilaha illallahu wahdahu la syarikalah... Tiada yang disembah melainkan Allah, tiada yang sama dengan Allah. Tiada yang sama dengan sifat-sifatnya yang kamilah, tiada ada yang sama dengan asma’nya yang mulia. Hakikatnya yang azhim, agung itu tidak boleh disamakan dengan apa-apa. Dia Ar-Rahman, yang Maha Mencintai selayaknya mendapat al Hubb yang tertinggi dari kita, tiada al hubb dari makhluk lain yang boleh memintas al-hubb kita kepadaNya. Akur, Al hubb manusia itu lemah. Namun al hubb yang terbaik yang mampu diusahakan itulah layak dimiliki Allah, bukan kepada mana-mana dari makhluknya. Jika ’cinta’ yang kita maksudkan ialah rasa kecenderungan yang paling tinggi, tidak ada rasa yang lebih tinggi dari rasa ’Cinta’, maka ’cinta’ itulah seluruhnya milik Allah. Lalu, apa yang tinggal untuk makhluknya yang lain? Itulah kasih sayang, rasa kecenderungan yang perlu batasan kerana yang membataskan kasih sayang itu adalah cinta. Cinta kepada Allah.
Seorang anak yang menyayangi ibu bapanya tidak boleh menurut kehendak ibubapanya jika ia bertentangan dengan kehendak Allah. Kita akur kerana kita cintakan Allah.
Begitu juga seorang isteri yang menyayangi suaminya tidak boleh menuruti kehendak suaminya yang bertentangan dengan kehendak Allah. Kita akur kerana kita cintakan Allah..

Lantas, dari mana pula datang lafaz ”Aku mencintaimu kerana Allah” dari seseorang pada pasangannya yang bukan ajnabi. Lagi sekali, KABUR. Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung..
Mungkin yang wujud dalam situasi ini hanyalah syahwat semata-mata. Jika ada baki kecenderungannya, mungkin yang tinggal hanya bahagian kasih-sayang. Bukan cinta.
Sepasang suami isteri yang hidup bahagia diredhai Allah adalah kerana saling sayang menyayangi antara satu sama lain hasil dari cinta mereka kepada Allah. Atas kehendakNya yang mahu si suami menyayangi isteri dan kehendakNya yang mahu si isteri menyayangi suami, maka dipermudahkanNya,disemaiNya benih kasih-sayang antara satu sama lain pada kedua-dua hamba itu. Hakikatnya, kedua-dua hamba itu akur dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan kerana cintakan Tuhannya....

Boleh atau tidak dari tafsiran akal manusia, inilah pendirianku. Cinta itu hanya untuk Allah semata-mata. Kasih-sayang wujud sesama manusia.
Bukanlah aku mahu membiarkan diri tenggelam dalam dunia tafsiran. Hakikatnya, aku hanya mahu menjelaskan kekaburan di hatiku supaya teori cintaku ini dapat diterjemahkan kepada yang selayaknya. Supaya manifestasi setiap kecenderungan yang lahir dari hatiku berprinsipkan garisan teori ini dapat ku tunaikan mengikut haknya masing-masing dengan selamat.

Bukti cinta itu adalah ’dagangan’ dan pengorbanan. Balasan cinta yang diharapkan pastinya halawatul iman yang dianugerahkan sejak di dunia lagi, berkekalan.
Bukti kasih-sayang juga pada pengorbanan, tetapi ada batasan.

Hanisah bt Wanasan.
Sungai Petani.
15 Ogos 2008
1.15 pm

Tuesday, January 8, 2008

Aku Akan Terkorban, Tapi Aku PASTI MENANG!

Kerana aku percaya pada janji-janjiMu Ya Allah, dengan anugerah kemenangan yang bakal Kau berikan..aku tahu aku pasti menang. Menang dalam percaturan mujahadah,menuju matlamat yang SATU. Hanya satu. akan ku pastikan keterarahan mindaku berpusat pada satu titik destinasi yang telah Engkau tentukan. meskipun aku bakal terkorban, aku akan teruskan. Malah aku mahu terkorban demi kemenangan itu. Hanya engkau yang tahu, Maha Mengetahui..syukurku padaMu kerana mengajarku erti, pilih untuk setia pada Yang Satu.
Tuntun langkahku ini, aku memerlukanMu.

Aku Akan Terkorban, Tapi Aku PASTI MENANG!

Friday, January 4, 2008

Ulama' Nusantara

HAJI WAN MUHAMMAD
Mufti Sultan Perak Darul RidzuanOleh Wan Mohd. Shaghir AbdullahADA perkara yang aneh, bahawa ada tiga gambar yang serupa. Sebuah gambar walaupun agak serupa tetapi dapat dipastikan ialah gambar "Haji Abdur Rahman Hamid, Imam Maharaja Kerajaan Sambas".Dua buah lagi, yang sangat serupa, sebuah saya peroleh daripada Ustaz Mat Atas Beris, Besut, Terengganu. Beliau menyatakan ialah gambar "Haji Wan Muhammad, Mufti Perak". Setelah gambar tersebut saya sebarkan, ada beberapa orang memberi maklumat bahawa gambar yang disebarkan itu ialah gambar "Haji Abdullah bin Musa, Mufti dan Hakim Besar Johor".Sebelum membahas perkara tersebut terlebih dulu saya mengucapkan terima kasih kepada pemberi maklumat Mohd. Rosli bin Hairan@Ikhwan yang telah bersusah payah membuat penyelidikan di Johor. Selanjutnya dipaparkan dalam suratnya pada 8 Oktober 2006 yang dilengkapi dengan pelbagai lampiran.Gambar yang dipertikaikanSebelum saya meriwayatkan hal-hal yang lain tentang Haji Wan Muhammad, perkara gambar adalah perlu dibicarakan terlebih dulu. Riwayat Haji Wan Muhammad sudah lama berada dalam simpanan saya tetapi yang paling lengkap saya peroleh daripada salah seorang anak beliau di Perak pada 5-6 November lalu.Seperti yang telah saya sebutkan di atas, gambar Haji Wan Muhammad, Mufti Perak (dimuat dalam artikel ini), saya peroleh daripada Ustaz Mat Atas Beris, Besut, Terengganu. Beliau mendapat keterangan bahawa gambar tersebut adalah Haji Wan Muhammad, Mufti Perak daripada salah seorang anak saudara sepupu Mufti Perak itu.Mohd. Rosli bin Hairan @ Ikhwan (Johor) mengirimkan kepada saya gambar yang betul-betul serupa, yang pernah dijadikan ilustrasi atau hiasan kulit majalah Pengasuh, bilangan 532, terbitan Ramadan-Zulkaedah 1414/Mac- April 1994, yang diterangkan pada halaman berikutnya: "Wajah al-Allamah Datuk Haji Abdullah bin Musa, Mufti Kerajaan Johor, berasal dari Pasir Pekan, Kelantan."Selanjutnya Mohd. Rosli dalam surat menjelaskan: "... Pertamanya saya ingin memberi respons berkenaan gambar Hj. Wan Muhammad (Mufti Kerajaan Perak) dan Datuk Abdullah Musa (Mufti Kerajaan Johor Kedua). Selepas membuat beberapa rujukan dan penyelidikan di Jabatan Agama Negeri Johor (JAIJ) baru-baru ini, saya mendapati bahawa gambar Hj. Wan Muhammad itu sebenarnya ialah gambar Datuk Abdullah Musa. Beberapa catatan akhbar/buletin Warta Jabatan Agama Johor mendapati dan menyiarkan bahawa itulah gambar sebenar Datuk Abdullah Musa ..."Saya berterima kasih dan menghargai jerih payah penyelidikan yang dilakukan oleh Mohd. Rosli, bagaimanapun sebagai seorang peneliti pelbagai maklumat, masih ada ruang yang perlu saya bahaskan.Gambar Haji Wan Muhammad@Ahmad bin Haji Wan Husein al-Fathani, Mufti Perak, sebelum ini belum pernah dimuat dalam Bahagian Agama, Utusan Malaysia, tetapi adalah saya sebarkan melalui koleksi foto ulama, No. 366/PENGKAJI/1425/2004.Riwayat Datuk Haji Abdullah bin Musa, Mufti dan Hakim Besar Kerajaan Johor pula telah dimuat dalam akhbar tersebut pada hari Isnin, 7 Mac 2005, tanpa foto beliau. Disebabkan terdapatnya foto yang serupa, telah diperoleh dua maklumat, yang satu pasti betul, yang satu lagi pasti salah, maka untuk menentukan yang mana betul dan yang mana salah perlulah penelitian dengan menggunakan pelbagai kaedah.Saya telah menjejaki riwayat Datuk Haji Abdullah bin Musa sejak tahun 1976 selain menemui seseorang termasuk juga pergi ke pelbagai pejabat yang ada hubungan dengan itu, seperti Jabatan Agama, Jabatan Mufti, dan lain-lain, termasuk mendapatkan foto beliau, namun semuanya gagal.Walaupun Mohd. Rosli menyebut bahawa beliau "... Selepas membuat beberapa rujukan dan penyelidikan di Jabatan Agama Negeri Johor (JAIJ) baru-baru ini, saya mendapati bahawa gambar foto Hj. Wan Muhammad itulah sebenarnya ialah foto Datuk Abdullah Musa. Beberapa catatan akhbar / bulletin Warta Jabatan Agama Johor mendapati dan menyiarkan bahawa itulah gambar sebenar Datuk Abdullah Musa ..." keterangan ini masih belum cukup kuat, masih perlu penyelidikan lanjut.Perkara-perkara yang masih perlu diselidiki ialah: Pertama, perlu dipastikan bahawa sekiranya ada gambar Datuk Haji Abdullah bin Musa tersimpan di Jabatan Agama Negeri Johor, tahun berapakah gambar itu dimiliki. Apakah gambar itu diambil sewaktu beliau menjadi Mufti dan Hakim Besar Johor (menjadi Mufti Johor 1899 M - 1907 M). Kerana pada tahun beliau menjadi Mufti Johor sudah mencecah seratus tahun yang lalu, perlu pula diselidiki tentang kertas yang digunakan dan keterangan di bahagian bawah gambar itu sendiri.Kedua, sekiranya kertas, jenis dakwat, warna, dan lain-lain tidak mencerminkan keklasikannya maka jelas merupakan gambar baru yang diambil dari majalah Pengasuh atau pun Warta Jabatan Agama Johor. Saya juga belum dapat maklumat Warta Jabatan Agama Johor, apakah lebih dulu atau kemudian dari majalah Pengasuh. Sepanjang saya mengikuti terbitan Warta Jabatan Agama Johor sejak tahun 1960an hingga 1990an saya tidak menemui gambar tersebut dimuat dalam majalah itu, kemungkinan ada yang tidak sampai ke tangan saya.Ketiga, dari hal-hal yang tersebut di atas, sangat diperlukan keterlibatan pihak-pihak yang kemungkinan ada bukti-bukti yang jelas untuk mengesahkan perkara yang dibicarakan. Selain pihak peribadi, terutama keturunan kedua-dua mufti tersebut, kerja sama pihak Arkib Negara Malaysia, Arkib Negeri Johor, Arkib Negeri Perak, Jabatan Agama Johor, Jabatan Mufti Johor, Jabatan Agama Perak, Jabatan Mufti Perak, dan lain-lain sangat diperlukan. Kerana penyelidikan ilmu pengetahuan bukan kepunyaan peribadi seseorang tetapi adalah tanggungjawab semua pihak.Yang saya bicarakan ini bukan bererti saya menyalahkan Mohd. Rosli, bahkan saya sangat menghargai, mudah-mudahan langkah beliau diikuti pula oleh orang lain untuk kerja-kerja penyelidikan tentang ulama kita dunia Melayu.Asal usulSelembar salasilah yang diusahakan oleh Zuhairi bin Habibah binti Haji Wan Muhammad, tahun 1990, dinyatakan bahawa asal usul datuk nenek Haji Wan Muhammad adalah daripada "perkahwinan Cik Siti Wan Kembang ibni Tengku Sulaiman dengan Saiyid Hakim bin Saiyid Husaini (bergelar Saiyid Kuning) dan memperoleh anak bernama Wan Abdul Wahid."Bagaimana pun riwayat ini ada kelainan dengan beberapa versi sejarah Kelantan yang menyebut bahawa Cik Siti Wan Kembang adalah puteri Raja Ahmad yang memerintah Kelantan tahun 1548 M - 1580 M. Cik Siti Wan Kembang pula tidak mempunyai anak, kerana tidak pernah kahwin.Sehelai surat tarikh 21 Januari 1996 yang ditujukan kepada Haji Wan Yas'on bin Haji Wan Yusof bin Haji Wan Muhammad dari salah seorang anak saudaranya (tanpa menyebut nama, hanya terdapat tandatangan saja) dinyatakan "Ayahda, Datuk Mufti namanya Haji Wan Muhammad bin Wan Husein, berasal dari Kampung Saring, Mukim Merbol, Pasir Putih, Kelantan."Dari hasil wawancara dengan salah seorang cucu beliau di Bukit Chandan, Perak, pada 5 November 2006, dan pelbagai sumber sebelumnya bahawa nama lengkap beliau ialah Haji Wan Muhammad@Ahmad bin Haji Wan Husein bin Haji Wan Muhammad Nur Marbo al-Fathani. Kampung Marbo atau Merebo di Patani adalah asal usul datuk nenek beliau.Kampung Marbol, Pasir Putih, Kelantan diberikan nama demikian setelah keluarga tersebut hijrah dari Marbo atau Merebo, Patani. Haji Wan Muhammad lahir tahun 1264 H/1848 M, riwayat lain menyebut tahun 1268 H/1852 M. Wafat di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, hari Rabu, 11 Jumadil Akhir 1348 H/13 November 1929 M, riwayat lain menyebut pada 11 November 1929 M.Dalam surat tarikh 21 Januari 1996 juga dicatatkan: "Ayahda, mengikut satu cerita saudara lelakinya bernama Wan Putih. Dia ada kakak (tidak tahu namanya), dan adiknya nama Wan Maryam menjadi isteri kepada Tuan Guru Haji Said, Kampung Lama, Besut, Terengganu datuk kepada Lathifah, Candan Kuala Kangsar."PendidikanNorul Ashikin Abdullah dalam Harian Metro, Sabtu, 11 Ogos 2001, menulis bahawa Haji Wan Muhammad mendapat pendidikan awal daripada Tuan Hasan Besut (Syeikh Wan Hasan bin Wan Ishaq al-Fathani), Tuan Pangkalan Tangga (Wan Ismail bin Wan Ahmad al-Fathani) dan Saiyid Abdus Salam. Yang dimaksudkan dengan Wan Ismail bin Wan Ahmad al-Fathani, itulah ayah kepada ulama terkenal Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani penyusun kitab Mathla' al-Badrain.Sebelum melanjutkan pelajarannya di Mekah, Wan Muhammad terlebih dulu memperdalam pengetahuannya di beberapa pondok di Patani. Dipercayai beliau belajar di Pondok Bendang Daya dan Pondok Pauh Bok, dan lain-lain. Guru-gurunya di Mekah sangat ramai termasuk kepada Syeikh Ahmad al-Fathani yang umurnya jauh lebih muda daripada beliau.Mufti kerajaan PerakMengenai Mufti Kerajaan Perak yang pertama ada orang berpendapat adalah pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah ke-III, muftinya ialah Daeng Selaili atau Pajung Luwuk Daeng Sedili. Beliau mempunyai beberapa gelaran ialah Haji Besar, Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, dan Sri Maharajalela Pancung Tak Bertanya. Makamnya di tepi tebing sungai, Kampung Padang Changkat, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.Pendapat lain menyebut, Mufti Perak yang pertama ialah Haji Wan Muhammad yang diriwayatkan ini. Lama beliau menjadi Mufti Perak juga ada pertikaian pendapat. Ada yang menyebut tahun 1887 M - 1916 M, pendapat lain menyebut hingga tahun 1917 M, dan ada pula yang menyebut mulai tahun 1918 M hingga tahun 1925 M.Sumber yang tidak dipertikaikan, dari cucu beliau bernama Haji Wan Yas'on bin Haji Wan Yusof bin Haji Wan Muhammad, tulisan pada tarikh 2 Ramadan 1416 H/2 Februari 1996 M, beliau mendengar dari ayahnya, bahawa Haji Wan Muhammad datang ke Perak pada masa pemerintahan Sultan Yusof Syarifuddin Muzaffar Syah (1886 M - 1887 M). Sultan Yusof dan selanjutnya pengganti baginda Sultan Idris Mursyidul A'zam Syah (1887 M - 1916 M), selanjutnya Sultan Iskandar Syah (menaiki tahta tahun 1918 M).Sultan Idris tersebutlah yang melantik beliau menjadi Mufti Perak. Ketiga-tiga Sultan Perak tersebut pernah belajar kepada Haji Wan Muhammad. Kemudian diikuti pula oleh para pembesar istana.Haji Wan Muhammad pertama datang ke Perak mengajar di Tanjung Tualang dan selanjutnya mendirikan membina pondok pengajian dan surau di Lembah Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Di tempat tersebutlah telah melahirkan ramai ulama termasuklah ulama besar yang terkenal Syeikh Idris al-Marbawi.Haji Wan Muhammad meninggalkan keturunan yang ramai, di antara anak beliau yang menjadi ulama ialah Haji Wan Abdur Rahman, Haji Wan Abdullah Zawawi (pernah sebagai Qadhi Tapah), Haji Wan Yusuf (pernah sebagai Imam Masjid Ubudiah, Bukit Chandan).

Wednesday, January 2, 2008

ROH YANG HIDUP

Sudah menjadi lumrah manusia di akhir zaman ini tidak ramai lagi yang mahu terfikir tentang jihad serta menghargai para syuhada yang gugur syahid. Sebaliknya para mujahid dilempar pula dengan pelbagai fitnah…
duhai sahabat2ku, renungilah petikan dari buku “Dagangannya Dibeli Allah”ditulis oleh C.N Al-Afghani ini..

ROH YANG HIDUP

Demikianlah serba sedikit riwayat serta perjuangan As-Syahid Fauzi yang dapat dipaparkan untuk tatapan dan renungan bersama. Satu riwawat yang tidak menarik jika mahu dibandingkan dengan tokoh-tokoh sejarah atau pejuang-pejuang Islam terdahulu. Tetapi itu bukanlah pokok persoalan yang hendak diutarakan. Memikirkan As-Syahid merupakan seorang teman seperjuangan dan banyak menghabiskan detik-detik kehidupan bersama, tentulah ada sesuatu yang menarik pada saya untuk dismpaikan pada anda, khususnya mujahid-mujahid muda di tanah air kita ini.
Pemilihan As-Syahid oleh Allah untuk bersama mujahidin di bumi Afghanistan dan mendapat tiket ‘syuhada’ harus menjadi tumpuan dan penelitian rapi dari kita.Untuk itu, perlu kita bertanya pada diri sendiri, kenapa beliau yang dipilih, bukannya kita? Apakah kurang dan lemahnya kita?
Dari kisah beliau itu jelas kepada kita bagaimana kekayaan ilmu dan harta itu, bukanlah syarat untuk seseorang itu untuk mendapat tiket syuhada. Pemilihan Allah bergantung pada keikhlasan seseorang berjuang untuknya, tanpa kompromi dengan segala sifat-sifat munafik atau ada udang di sebalik batu. Keihklasan kepada Allah sahaja yang boleh menlahirkan manusia beriman yang bertanggungjawab. Kerana ada juga manusiayang beriman kepada Allah, tetapi tidak bertanggungjawab terhadap agama dan nasib saudara seagama dengannya.
Seorang hamba Allah yang beriman juga akan bertanggungjawab dengan ilmunya. Ia bukan sekadar mempelajari dan memahami ilmu tersebut, malah di amalkan.Tidak dijadikan ilmunya pekasam yang akhirnya akan mereputkan tulang-belulang dan seterusnya menjadi busuk. Ia tidak menunggu ilmunya sehingga digelar professor atau tuan guru. Walaupun ilmu itu sekadar sebaris ayat Al-quran atau sepotong hadith ringkas, diamalkannya.
Hati insan bagini sentiasa hidup. Hati yang ikhlas dan hidup tidak akan nyenyak tidur,tidak akan berselera untuk makan, dan tidak akn ceria dikelilingi anak isteri..Hati itu kan sentiasa memikirkan tentang amanah Allah. Amanah dalam menentukan hokum dan syariat Allah mengatasi segala-galanya diatas muka bumi ini. Amanah sebagai khalifah di muka bumi ini, dianggap ini sebagai tanggungjawabnya.
Hati ini kan takut dan bimbang kalau-kalau malaikat maut lebih awal menjemputnya ke alam barzakh. Setelah itu akan menemui Allah di Padang Mahsyar. Mungkin dia kan lulus oertanyaan dari Allah. Tetapi dia sendiri bmasih tercari-ari jawapan. Apakah jawapannya kelak, sekiranya Allah betanya tentang tanggungjawabnya terhadap amanah yang diberikan selama hidupnya di dunia dahulu. Apakah yang telah dilakukannya untuk memastikan hukum dan syariat Allah itu, tertegak di bumi yang dipijak. Apakah jawapannya kelak, andainya Allah bertanyakan tentang fenomana yang dibentangkan di hadapan matanya.
Fenomena yang menghina dan mencabar maruah umat Islam di mana- mana sahaja.Apahal yang telah dia lakukan untuk menyelamtkan gadis atau ibu-ibu muda islam


“ Dalam perjuangan ana ini, tidak pernah ada penyesalan”- As-Syahid Fauzi.

Tuesday, January 1, 2008

qiamullail

Faktor yang memudahkan seseorang itu boleh bangun untuk berqiyamullailMenurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri. 2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam. 3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan. 4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama. 5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. 6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah; "Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat." Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra Bin Azib. 7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. 8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma'thur seperti Ma'thurat sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya. 9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang dikenali sebagai 'Qailulah', iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam. 10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam. 11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan. 12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam. 13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekelian!Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah selain ia adalah sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda : "Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh." Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi. -

SHEIKH BADIUZZAMAN SAID AN NURSI

Badiuzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1873 di kampung bernama “Nurs”, di timur Anatolia. Nama “Nursi” ialah sempena nama kampung ini. Beliau menerima pendidikan asas daripada para ulama terkenal di daerahnya. Ketika masih muda, beliau telah menunjukkan kecerdikan dan kemampuan yang luar biasa untuk belajar. Hal ini membuatkannya terkenal di kalangan guru-guru, kawan-kawan dan orang ramai. Ketika berusia 16 tahun, beliau mengalahkan beberapa ulama terkemuka yang telah menjemputnya ke satu majlis perbahasan (ketika itu perbahasan ialah satu amalan biasa di kalangan ulama). Kemudian beliau terus mengalahkan berbagai kumpulan ulama lain sebanyak beberapa kali dalam majlis perbahasan. Selepas peristiwa ini, beliau pun digelar Badiuzzaman (Kekaguman Zaman). Pengalaman pendidikan yang telah beliau lalui telah membukakan fikirannya untuk memikirkan cara untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bersepadu. Ketika itu, dunia sedang memasuki satu zaman baru yang membawa angin perubahan. Satu zaman di mana sains dan lojik memainkan peranan penting. Beliau berpendapat ilmu agama perlu diajar di sekolah-sekolah moden dan sekular, sebaliknya ilmu sains moden pula perlu diajar di sekolah-sekolah agama. Katanya, “Dengan cara ini, para pelajar di sekolah moden dilindungi dari kekufuran dan para pelajar di sekolah agama akan dilindungi dari sikap taksub”. Dalam usaha merealisasikan cita-citanya, beliau telah pergi ke Istanbul sebanyak dua kali. Kali pertama adalah pada tahun 1896 dan kali keduaya adalah pada tahun 1907. Beliau cuba meyakinkan Sultan Abdul Hamid agar membina sebuah universiti di Anatolia yang mengajar ilmu agama dan ilmu sains secara bersepadu. Ketika bercakap dengan Sultan Abdul Hamid, Badiuzzaman menggunakan bahasa yang agak kasar sehingga menyebabkan beliau dibicarakan di mahkamah tentera. Di mahkamah tentera pula, beliau masih menggunakan bahasa yang sama. Lantaran terkejut dengan hal ini, para hakim mahkamah tentera telah menghantarnya ke sebuah hospital sakit jiwa untuk diperiksa. Walaubagaimanapun, doktor yang memeriksanya melaporkan “Jika Badiuzzaman gila, maka tidak akan ada seorang manusia siuman pun di dalam dunia ini”. Dengan ini, beliau pun dibebaskan. Beliau telah menghabiskan hidupnya di Barla selama 8 tahun setengah di bawah penindasan yang dahsyat. Dalam tempoh tersebut, beliau sempat menulis 3 suku daripada Risale-i Nurnya. Tafsirnya ini kesemuanya ditulis dengan tangan kerana pengarang dan para pelajarnya tidak mampu menyediakan belanja percetakan. Sekalipun mereka mampu, mereka tidak diberi kebebasan berbuat demikian. Tugas menulis tafsir ini dengan tangan adalah kerja merbahaya pada ketika itu. Mereka yang melakukannya telah disiksa di dalam penjara dan balai-balai polis. Pada masa yang sama, berbagai usaha dijalankan untuk menyekat orang ramai dari menghubungi Badiuzzaman. Sebanyak 600,000 naskah ditulis dengan tangan. Ketika itu penulisan atau penyebaran walaupun hanya 1 karya agama bukanlah sesuatu yang sesiapa pun berani lakukan. Inilah perjuangan berani yang berterusan yang menjadi pilihan Badiuzzaman dan para pelajarnya. Apabila keadaan di mana Risale-i Nur ditulis dan disebarkan ke seluruh Anatolia diambil kira, maka betapa benar kata Maryam Jameelah, “Tidaklah keterlaluan untuk mengatakan bahawa apa saja keimanan Islam yang masih ada di Turki pada ketika itu adalah atas usaha tanpa penat dari Badiuzzaman Said Nursi”. Mereka yang memahami intipati iman melalui Risale-i Nur mencapai tahap keimanan yang kental sehingga mampu menunjukkan keberanian dan keperwiraan Islam yang hebat. Badiuzzaman, yang mewakili roh Risale-i Nur sendiri telah menjadi pemimpin bagi ratusan ribu pelajar dan kini telah mencapai jutaan pelajar yang menghayati karya tersebut. Beliau menjadi contoh kepada orang-orang Islam lain di Turki ketika itu. Beliaulah penyokong mereka di hari-hari yang penuh bahaya, seumpama seorang ketua tentera yang memberi galakan kepada tenteranya melalui keberanian dan kewibawaannya sendiri. Dengan ini, mereka pun berjaya menghilangkan ketakutan dan syak wasangka dari hati orang ramai dan maruah negara dikembalikan. Mereka telah membawa harapan dari kelegaan dan menyelamatkan orang-orang Islam daripada rasa cemas dan kecewa.

Al AZHAR DESAK TERBIT BUKU IKHWAN

Keratan Akhbar: Laman Global.
AL AZHAR DESAK TERBIT BUKU IKHWAN.

KAHERAH: Lajnah akademik universiti Al Azhar mendesak pihak berkuasa Mesir menerbitkan buku-buku tulisan para pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin.
Desakan penerbitan itu membabitkan buku sama ada penulisnya telah meninggal dunia, masih hidup atau yang berada dalam tahanan di penjara Mesir. Sumber Al Azhar berkata, buku-buku tulisan karangan para pimpinan Ikhwanul Muslimin disifatkan sebagai bahan bacaan bermutu tinggi dari sudut isi kandungannya.
Manfaat lebih besar akan dapat diperoleh melalui buku dihasilkan secara ikhlas oleh pengasas yang juga Mursyid Am pertama Ikhwan Muslimun, Imam Syahid Hassan Al Banna, katanya
Lajnah itu menolah sebarang sikap prejudis pihak berkuasa yang menyifatkan Ikhwan sebagai pertubuhan bawah tanah yang diharamkan.
"Bahan-bahan tulisan mereka mengandungi banyak manfaat kepada orang Islam bukan sahaja di Mesir malah di seluruh dunia.
"ini kerana ia mengajak umat supaya berada dalam satu jemaah serta mengembalikan kedaulatan Islam dalam pemerintahan negara,"demikian menurut sumber tersebut.
Idea asal berbuat demikian pernah disuarakan Majma' Buhuth Islamiah (Akademi Penyelidikan Islam) di bawah seliaan universiti Al Azhar yang berharap cita-cita tersebut mencapai matlamatnya.
Buku-buku tersebut menurut sumber, banyak mendidik masyarakat menjadi umat berkualiti dalam kehidupan mereka, pada ketika persoalan akhlak dan jati diri Muslim semakin terhakis.
Pihak yang sanggup menjadi urusetia projek yang melibatkan pencarian bahan-bahan, percetakan dan pengedaran kepada umum, akan memulakan kerja seperti mengumpul bahan-bahan seperti buku, kaset ceramah yang masih dalam simpanan anggota-anggota Ikhwan yang masih hidup ataupun waris mereka.
Antara buku menjadi keutamaan dicetak adalah tentang keperibadian Imam Hassan Al Banna sendiri; Islam Adalah Penyelesaian' tulisan mantan Mursyid am,Mustafa Masyur di samping buku-buku tulisan beberapa mantan Mursyid Am seperti al Marhum Umar At Tilmisani, Muhammad Hamid Abu Nasr,dan Ma'mun Hudaibi. Ia termasuk buku berjudul Ad Dakwah Islamiah Faridhatun Syariah Wa Dharuratun Basyariah oleh Imam Hassan Al Banna yang menyeru umat supaya berada dalam satu jemaah seperti gerakan Ikhwanul Muslimin.
Ikhwan berusaha mendaulatkan Islam, bukan sahaja dari sudut politik, malah merangkumi aspek ekonomi, kemasyarakatan.
Selain itu, ada keperluan mendesak menerbitkan bukunya Dakwatuna (Dakwah Kita) yang wajar disebarkan kepada pengetahuan umum secara segera, katanya.

buat mereka yang ku cinta.. selamanya kita di saffNya.