Tuesday, January 8, 2008

Aku Akan Terkorban, Tapi Aku PASTI MENANG!

Kerana aku percaya pada janji-janjiMu Ya Allah, dengan anugerah kemenangan yang bakal Kau berikan..aku tahu aku pasti menang. Menang dalam percaturan mujahadah,menuju matlamat yang SATU. Hanya satu. akan ku pastikan keterarahan mindaku berpusat pada satu titik destinasi yang telah Engkau tentukan. meskipun aku bakal terkorban, aku akan teruskan. Malah aku mahu terkorban demi kemenangan itu. Hanya engkau yang tahu, Maha Mengetahui..syukurku padaMu kerana mengajarku erti, pilih untuk setia pada Yang Satu.
Tuntun langkahku ini, aku memerlukanMu.

Aku Akan Terkorban, Tapi Aku PASTI MENANG!

Friday, January 4, 2008

Ulama' Nusantara

HAJI WAN MUHAMMAD
Mufti Sultan Perak Darul RidzuanOleh Wan Mohd. Shaghir AbdullahADA perkara yang aneh, bahawa ada tiga gambar yang serupa. Sebuah gambar walaupun agak serupa tetapi dapat dipastikan ialah gambar "Haji Abdur Rahman Hamid, Imam Maharaja Kerajaan Sambas".Dua buah lagi, yang sangat serupa, sebuah saya peroleh daripada Ustaz Mat Atas Beris, Besut, Terengganu. Beliau menyatakan ialah gambar "Haji Wan Muhammad, Mufti Perak". Setelah gambar tersebut saya sebarkan, ada beberapa orang memberi maklumat bahawa gambar yang disebarkan itu ialah gambar "Haji Abdullah bin Musa, Mufti dan Hakim Besar Johor".Sebelum membahas perkara tersebut terlebih dulu saya mengucapkan terima kasih kepada pemberi maklumat Mohd. Rosli bin Hairan@Ikhwan yang telah bersusah payah membuat penyelidikan di Johor. Selanjutnya dipaparkan dalam suratnya pada 8 Oktober 2006 yang dilengkapi dengan pelbagai lampiran.Gambar yang dipertikaikanSebelum saya meriwayatkan hal-hal yang lain tentang Haji Wan Muhammad, perkara gambar adalah perlu dibicarakan terlebih dulu. Riwayat Haji Wan Muhammad sudah lama berada dalam simpanan saya tetapi yang paling lengkap saya peroleh daripada salah seorang anak beliau di Perak pada 5-6 November lalu.Seperti yang telah saya sebutkan di atas, gambar Haji Wan Muhammad, Mufti Perak (dimuat dalam artikel ini), saya peroleh daripada Ustaz Mat Atas Beris, Besut, Terengganu. Beliau mendapat keterangan bahawa gambar tersebut adalah Haji Wan Muhammad, Mufti Perak daripada salah seorang anak saudara sepupu Mufti Perak itu.Mohd. Rosli bin Hairan @ Ikhwan (Johor) mengirimkan kepada saya gambar yang betul-betul serupa, yang pernah dijadikan ilustrasi atau hiasan kulit majalah Pengasuh, bilangan 532, terbitan Ramadan-Zulkaedah 1414/Mac- April 1994, yang diterangkan pada halaman berikutnya: "Wajah al-Allamah Datuk Haji Abdullah bin Musa, Mufti Kerajaan Johor, berasal dari Pasir Pekan, Kelantan."Selanjutnya Mohd. Rosli dalam surat menjelaskan: "... Pertamanya saya ingin memberi respons berkenaan gambar Hj. Wan Muhammad (Mufti Kerajaan Perak) dan Datuk Abdullah Musa (Mufti Kerajaan Johor Kedua). Selepas membuat beberapa rujukan dan penyelidikan di Jabatan Agama Negeri Johor (JAIJ) baru-baru ini, saya mendapati bahawa gambar Hj. Wan Muhammad itu sebenarnya ialah gambar Datuk Abdullah Musa. Beberapa catatan akhbar/buletin Warta Jabatan Agama Johor mendapati dan menyiarkan bahawa itulah gambar sebenar Datuk Abdullah Musa ..."Saya berterima kasih dan menghargai jerih payah penyelidikan yang dilakukan oleh Mohd. Rosli, bagaimanapun sebagai seorang peneliti pelbagai maklumat, masih ada ruang yang perlu saya bahaskan.Gambar Haji Wan Muhammad@Ahmad bin Haji Wan Husein al-Fathani, Mufti Perak, sebelum ini belum pernah dimuat dalam Bahagian Agama, Utusan Malaysia, tetapi adalah saya sebarkan melalui koleksi foto ulama, No. 366/PENGKAJI/1425/2004.Riwayat Datuk Haji Abdullah bin Musa, Mufti dan Hakim Besar Kerajaan Johor pula telah dimuat dalam akhbar tersebut pada hari Isnin, 7 Mac 2005, tanpa foto beliau. Disebabkan terdapatnya foto yang serupa, telah diperoleh dua maklumat, yang satu pasti betul, yang satu lagi pasti salah, maka untuk menentukan yang mana betul dan yang mana salah perlulah penelitian dengan menggunakan pelbagai kaedah.Saya telah menjejaki riwayat Datuk Haji Abdullah bin Musa sejak tahun 1976 selain menemui seseorang termasuk juga pergi ke pelbagai pejabat yang ada hubungan dengan itu, seperti Jabatan Agama, Jabatan Mufti, dan lain-lain, termasuk mendapatkan foto beliau, namun semuanya gagal.Walaupun Mohd. Rosli menyebut bahawa beliau "... Selepas membuat beberapa rujukan dan penyelidikan di Jabatan Agama Negeri Johor (JAIJ) baru-baru ini, saya mendapati bahawa gambar foto Hj. Wan Muhammad itulah sebenarnya ialah foto Datuk Abdullah Musa. Beberapa catatan akhbar / bulletin Warta Jabatan Agama Johor mendapati dan menyiarkan bahawa itulah gambar sebenar Datuk Abdullah Musa ..." keterangan ini masih belum cukup kuat, masih perlu penyelidikan lanjut.Perkara-perkara yang masih perlu diselidiki ialah: Pertama, perlu dipastikan bahawa sekiranya ada gambar Datuk Haji Abdullah bin Musa tersimpan di Jabatan Agama Negeri Johor, tahun berapakah gambar itu dimiliki. Apakah gambar itu diambil sewaktu beliau menjadi Mufti dan Hakim Besar Johor (menjadi Mufti Johor 1899 M - 1907 M). Kerana pada tahun beliau menjadi Mufti Johor sudah mencecah seratus tahun yang lalu, perlu pula diselidiki tentang kertas yang digunakan dan keterangan di bahagian bawah gambar itu sendiri.Kedua, sekiranya kertas, jenis dakwat, warna, dan lain-lain tidak mencerminkan keklasikannya maka jelas merupakan gambar baru yang diambil dari majalah Pengasuh atau pun Warta Jabatan Agama Johor. Saya juga belum dapat maklumat Warta Jabatan Agama Johor, apakah lebih dulu atau kemudian dari majalah Pengasuh. Sepanjang saya mengikuti terbitan Warta Jabatan Agama Johor sejak tahun 1960an hingga 1990an saya tidak menemui gambar tersebut dimuat dalam majalah itu, kemungkinan ada yang tidak sampai ke tangan saya.Ketiga, dari hal-hal yang tersebut di atas, sangat diperlukan keterlibatan pihak-pihak yang kemungkinan ada bukti-bukti yang jelas untuk mengesahkan perkara yang dibicarakan. Selain pihak peribadi, terutama keturunan kedua-dua mufti tersebut, kerja sama pihak Arkib Negara Malaysia, Arkib Negeri Johor, Arkib Negeri Perak, Jabatan Agama Johor, Jabatan Mufti Johor, Jabatan Agama Perak, Jabatan Mufti Perak, dan lain-lain sangat diperlukan. Kerana penyelidikan ilmu pengetahuan bukan kepunyaan peribadi seseorang tetapi adalah tanggungjawab semua pihak.Yang saya bicarakan ini bukan bererti saya menyalahkan Mohd. Rosli, bahkan saya sangat menghargai, mudah-mudahan langkah beliau diikuti pula oleh orang lain untuk kerja-kerja penyelidikan tentang ulama kita dunia Melayu.Asal usulSelembar salasilah yang diusahakan oleh Zuhairi bin Habibah binti Haji Wan Muhammad, tahun 1990, dinyatakan bahawa asal usul datuk nenek Haji Wan Muhammad adalah daripada "perkahwinan Cik Siti Wan Kembang ibni Tengku Sulaiman dengan Saiyid Hakim bin Saiyid Husaini (bergelar Saiyid Kuning) dan memperoleh anak bernama Wan Abdul Wahid."Bagaimana pun riwayat ini ada kelainan dengan beberapa versi sejarah Kelantan yang menyebut bahawa Cik Siti Wan Kembang adalah puteri Raja Ahmad yang memerintah Kelantan tahun 1548 M - 1580 M. Cik Siti Wan Kembang pula tidak mempunyai anak, kerana tidak pernah kahwin.Sehelai surat tarikh 21 Januari 1996 yang ditujukan kepada Haji Wan Yas'on bin Haji Wan Yusof bin Haji Wan Muhammad dari salah seorang anak saudaranya (tanpa menyebut nama, hanya terdapat tandatangan saja) dinyatakan "Ayahda, Datuk Mufti namanya Haji Wan Muhammad bin Wan Husein, berasal dari Kampung Saring, Mukim Merbol, Pasir Putih, Kelantan."Dari hasil wawancara dengan salah seorang cucu beliau di Bukit Chandan, Perak, pada 5 November 2006, dan pelbagai sumber sebelumnya bahawa nama lengkap beliau ialah Haji Wan Muhammad@Ahmad bin Haji Wan Husein bin Haji Wan Muhammad Nur Marbo al-Fathani. Kampung Marbo atau Merebo di Patani adalah asal usul datuk nenek beliau.Kampung Marbol, Pasir Putih, Kelantan diberikan nama demikian setelah keluarga tersebut hijrah dari Marbo atau Merebo, Patani. Haji Wan Muhammad lahir tahun 1264 H/1848 M, riwayat lain menyebut tahun 1268 H/1852 M. Wafat di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, hari Rabu, 11 Jumadil Akhir 1348 H/13 November 1929 M, riwayat lain menyebut pada 11 November 1929 M.Dalam surat tarikh 21 Januari 1996 juga dicatatkan: "Ayahda, mengikut satu cerita saudara lelakinya bernama Wan Putih. Dia ada kakak (tidak tahu namanya), dan adiknya nama Wan Maryam menjadi isteri kepada Tuan Guru Haji Said, Kampung Lama, Besut, Terengganu datuk kepada Lathifah, Candan Kuala Kangsar."PendidikanNorul Ashikin Abdullah dalam Harian Metro, Sabtu, 11 Ogos 2001, menulis bahawa Haji Wan Muhammad mendapat pendidikan awal daripada Tuan Hasan Besut (Syeikh Wan Hasan bin Wan Ishaq al-Fathani), Tuan Pangkalan Tangga (Wan Ismail bin Wan Ahmad al-Fathani) dan Saiyid Abdus Salam. Yang dimaksudkan dengan Wan Ismail bin Wan Ahmad al-Fathani, itulah ayah kepada ulama terkenal Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani penyusun kitab Mathla' al-Badrain.Sebelum melanjutkan pelajarannya di Mekah, Wan Muhammad terlebih dulu memperdalam pengetahuannya di beberapa pondok di Patani. Dipercayai beliau belajar di Pondok Bendang Daya dan Pondok Pauh Bok, dan lain-lain. Guru-gurunya di Mekah sangat ramai termasuk kepada Syeikh Ahmad al-Fathani yang umurnya jauh lebih muda daripada beliau.Mufti kerajaan PerakMengenai Mufti Kerajaan Perak yang pertama ada orang berpendapat adalah pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah ke-III, muftinya ialah Daeng Selaili atau Pajung Luwuk Daeng Sedili. Beliau mempunyai beberapa gelaran ialah Haji Besar, Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, dan Sri Maharajalela Pancung Tak Bertanya. Makamnya di tepi tebing sungai, Kampung Padang Changkat, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.Pendapat lain menyebut, Mufti Perak yang pertama ialah Haji Wan Muhammad yang diriwayatkan ini. Lama beliau menjadi Mufti Perak juga ada pertikaian pendapat. Ada yang menyebut tahun 1887 M - 1916 M, pendapat lain menyebut hingga tahun 1917 M, dan ada pula yang menyebut mulai tahun 1918 M hingga tahun 1925 M.Sumber yang tidak dipertikaikan, dari cucu beliau bernama Haji Wan Yas'on bin Haji Wan Yusof bin Haji Wan Muhammad, tulisan pada tarikh 2 Ramadan 1416 H/2 Februari 1996 M, beliau mendengar dari ayahnya, bahawa Haji Wan Muhammad datang ke Perak pada masa pemerintahan Sultan Yusof Syarifuddin Muzaffar Syah (1886 M - 1887 M). Sultan Yusof dan selanjutnya pengganti baginda Sultan Idris Mursyidul A'zam Syah (1887 M - 1916 M), selanjutnya Sultan Iskandar Syah (menaiki tahta tahun 1918 M).Sultan Idris tersebutlah yang melantik beliau menjadi Mufti Perak. Ketiga-tiga Sultan Perak tersebut pernah belajar kepada Haji Wan Muhammad. Kemudian diikuti pula oleh para pembesar istana.Haji Wan Muhammad pertama datang ke Perak mengajar di Tanjung Tualang dan selanjutnya mendirikan membina pondok pengajian dan surau di Lembah Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Di tempat tersebutlah telah melahirkan ramai ulama termasuklah ulama besar yang terkenal Syeikh Idris al-Marbawi.Haji Wan Muhammad meninggalkan keturunan yang ramai, di antara anak beliau yang menjadi ulama ialah Haji Wan Abdur Rahman, Haji Wan Abdullah Zawawi (pernah sebagai Qadhi Tapah), Haji Wan Yusuf (pernah sebagai Imam Masjid Ubudiah, Bukit Chandan).

Wednesday, January 2, 2008

ROH YANG HIDUP

Sudah menjadi lumrah manusia di akhir zaman ini tidak ramai lagi yang mahu terfikir tentang jihad serta menghargai para syuhada yang gugur syahid. Sebaliknya para mujahid dilempar pula dengan pelbagai fitnah…
duhai sahabat2ku, renungilah petikan dari buku “Dagangannya Dibeli Allah”ditulis oleh C.N Al-Afghani ini..

ROH YANG HIDUP

Demikianlah serba sedikit riwayat serta perjuangan As-Syahid Fauzi yang dapat dipaparkan untuk tatapan dan renungan bersama. Satu riwawat yang tidak menarik jika mahu dibandingkan dengan tokoh-tokoh sejarah atau pejuang-pejuang Islam terdahulu. Tetapi itu bukanlah pokok persoalan yang hendak diutarakan. Memikirkan As-Syahid merupakan seorang teman seperjuangan dan banyak menghabiskan detik-detik kehidupan bersama, tentulah ada sesuatu yang menarik pada saya untuk dismpaikan pada anda, khususnya mujahid-mujahid muda di tanah air kita ini.
Pemilihan As-Syahid oleh Allah untuk bersama mujahidin di bumi Afghanistan dan mendapat tiket ‘syuhada’ harus menjadi tumpuan dan penelitian rapi dari kita.Untuk itu, perlu kita bertanya pada diri sendiri, kenapa beliau yang dipilih, bukannya kita? Apakah kurang dan lemahnya kita?
Dari kisah beliau itu jelas kepada kita bagaimana kekayaan ilmu dan harta itu, bukanlah syarat untuk seseorang itu untuk mendapat tiket syuhada. Pemilihan Allah bergantung pada keikhlasan seseorang berjuang untuknya, tanpa kompromi dengan segala sifat-sifat munafik atau ada udang di sebalik batu. Keihklasan kepada Allah sahaja yang boleh menlahirkan manusia beriman yang bertanggungjawab. Kerana ada juga manusiayang beriman kepada Allah, tetapi tidak bertanggungjawab terhadap agama dan nasib saudara seagama dengannya.
Seorang hamba Allah yang beriman juga akan bertanggungjawab dengan ilmunya. Ia bukan sekadar mempelajari dan memahami ilmu tersebut, malah di amalkan.Tidak dijadikan ilmunya pekasam yang akhirnya akan mereputkan tulang-belulang dan seterusnya menjadi busuk. Ia tidak menunggu ilmunya sehingga digelar professor atau tuan guru. Walaupun ilmu itu sekadar sebaris ayat Al-quran atau sepotong hadith ringkas, diamalkannya.
Hati insan bagini sentiasa hidup. Hati yang ikhlas dan hidup tidak akan nyenyak tidur,tidak akan berselera untuk makan, dan tidak akn ceria dikelilingi anak isteri..Hati itu kan sentiasa memikirkan tentang amanah Allah. Amanah dalam menentukan hokum dan syariat Allah mengatasi segala-galanya diatas muka bumi ini. Amanah sebagai khalifah di muka bumi ini, dianggap ini sebagai tanggungjawabnya.
Hati ini kan takut dan bimbang kalau-kalau malaikat maut lebih awal menjemputnya ke alam barzakh. Setelah itu akan menemui Allah di Padang Mahsyar. Mungkin dia kan lulus oertanyaan dari Allah. Tetapi dia sendiri bmasih tercari-ari jawapan. Apakah jawapannya kelak, sekiranya Allah betanya tentang tanggungjawabnya terhadap amanah yang diberikan selama hidupnya di dunia dahulu. Apakah yang telah dilakukannya untuk memastikan hukum dan syariat Allah itu, tertegak di bumi yang dipijak. Apakah jawapannya kelak, andainya Allah bertanyakan tentang fenomana yang dibentangkan di hadapan matanya.
Fenomena yang menghina dan mencabar maruah umat Islam di mana- mana sahaja.Apahal yang telah dia lakukan untuk menyelamtkan gadis atau ibu-ibu muda islam


“ Dalam perjuangan ana ini, tidak pernah ada penyesalan”- As-Syahid Fauzi.

Tuesday, January 1, 2008

qiamullail

Faktor yang memudahkan seseorang itu boleh bangun untuk berqiyamullailMenurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri. 2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam. 3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan. 4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama. 5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. 6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah; "Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat." Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra Bin Azib. 7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. 8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma'thur seperti Ma'thurat sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya. 9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang dikenali sebagai 'Qailulah', iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam. 10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam. 11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan. 12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam. 13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekelian!Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah selain ia adalah sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda : "Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh." Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi. -

SHEIKH BADIUZZAMAN SAID AN NURSI

Badiuzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1873 di kampung bernama “Nurs”, di timur Anatolia. Nama “Nursi” ialah sempena nama kampung ini. Beliau menerima pendidikan asas daripada para ulama terkenal di daerahnya. Ketika masih muda, beliau telah menunjukkan kecerdikan dan kemampuan yang luar biasa untuk belajar. Hal ini membuatkannya terkenal di kalangan guru-guru, kawan-kawan dan orang ramai. Ketika berusia 16 tahun, beliau mengalahkan beberapa ulama terkemuka yang telah menjemputnya ke satu majlis perbahasan (ketika itu perbahasan ialah satu amalan biasa di kalangan ulama). Kemudian beliau terus mengalahkan berbagai kumpulan ulama lain sebanyak beberapa kali dalam majlis perbahasan. Selepas peristiwa ini, beliau pun digelar Badiuzzaman (Kekaguman Zaman). Pengalaman pendidikan yang telah beliau lalui telah membukakan fikirannya untuk memikirkan cara untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bersepadu. Ketika itu, dunia sedang memasuki satu zaman baru yang membawa angin perubahan. Satu zaman di mana sains dan lojik memainkan peranan penting. Beliau berpendapat ilmu agama perlu diajar di sekolah-sekolah moden dan sekular, sebaliknya ilmu sains moden pula perlu diajar di sekolah-sekolah agama. Katanya, “Dengan cara ini, para pelajar di sekolah moden dilindungi dari kekufuran dan para pelajar di sekolah agama akan dilindungi dari sikap taksub”. Dalam usaha merealisasikan cita-citanya, beliau telah pergi ke Istanbul sebanyak dua kali. Kali pertama adalah pada tahun 1896 dan kali keduaya adalah pada tahun 1907. Beliau cuba meyakinkan Sultan Abdul Hamid agar membina sebuah universiti di Anatolia yang mengajar ilmu agama dan ilmu sains secara bersepadu. Ketika bercakap dengan Sultan Abdul Hamid, Badiuzzaman menggunakan bahasa yang agak kasar sehingga menyebabkan beliau dibicarakan di mahkamah tentera. Di mahkamah tentera pula, beliau masih menggunakan bahasa yang sama. Lantaran terkejut dengan hal ini, para hakim mahkamah tentera telah menghantarnya ke sebuah hospital sakit jiwa untuk diperiksa. Walaubagaimanapun, doktor yang memeriksanya melaporkan “Jika Badiuzzaman gila, maka tidak akan ada seorang manusia siuman pun di dalam dunia ini”. Dengan ini, beliau pun dibebaskan. Beliau telah menghabiskan hidupnya di Barla selama 8 tahun setengah di bawah penindasan yang dahsyat. Dalam tempoh tersebut, beliau sempat menulis 3 suku daripada Risale-i Nurnya. Tafsirnya ini kesemuanya ditulis dengan tangan kerana pengarang dan para pelajarnya tidak mampu menyediakan belanja percetakan. Sekalipun mereka mampu, mereka tidak diberi kebebasan berbuat demikian. Tugas menulis tafsir ini dengan tangan adalah kerja merbahaya pada ketika itu. Mereka yang melakukannya telah disiksa di dalam penjara dan balai-balai polis. Pada masa yang sama, berbagai usaha dijalankan untuk menyekat orang ramai dari menghubungi Badiuzzaman. Sebanyak 600,000 naskah ditulis dengan tangan. Ketika itu penulisan atau penyebaran walaupun hanya 1 karya agama bukanlah sesuatu yang sesiapa pun berani lakukan. Inilah perjuangan berani yang berterusan yang menjadi pilihan Badiuzzaman dan para pelajarnya. Apabila keadaan di mana Risale-i Nur ditulis dan disebarkan ke seluruh Anatolia diambil kira, maka betapa benar kata Maryam Jameelah, “Tidaklah keterlaluan untuk mengatakan bahawa apa saja keimanan Islam yang masih ada di Turki pada ketika itu adalah atas usaha tanpa penat dari Badiuzzaman Said Nursi”. Mereka yang memahami intipati iman melalui Risale-i Nur mencapai tahap keimanan yang kental sehingga mampu menunjukkan keberanian dan keperwiraan Islam yang hebat. Badiuzzaman, yang mewakili roh Risale-i Nur sendiri telah menjadi pemimpin bagi ratusan ribu pelajar dan kini telah mencapai jutaan pelajar yang menghayati karya tersebut. Beliau menjadi contoh kepada orang-orang Islam lain di Turki ketika itu. Beliaulah penyokong mereka di hari-hari yang penuh bahaya, seumpama seorang ketua tentera yang memberi galakan kepada tenteranya melalui keberanian dan kewibawaannya sendiri. Dengan ini, mereka pun berjaya menghilangkan ketakutan dan syak wasangka dari hati orang ramai dan maruah negara dikembalikan. Mereka telah membawa harapan dari kelegaan dan menyelamatkan orang-orang Islam daripada rasa cemas dan kecewa.

Al AZHAR DESAK TERBIT BUKU IKHWAN

Keratan Akhbar: Laman Global.
AL AZHAR DESAK TERBIT BUKU IKHWAN.

KAHERAH: Lajnah akademik universiti Al Azhar mendesak pihak berkuasa Mesir menerbitkan buku-buku tulisan para pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin.
Desakan penerbitan itu membabitkan buku sama ada penulisnya telah meninggal dunia, masih hidup atau yang berada dalam tahanan di penjara Mesir. Sumber Al Azhar berkata, buku-buku tulisan karangan para pimpinan Ikhwanul Muslimin disifatkan sebagai bahan bacaan bermutu tinggi dari sudut isi kandungannya.
Manfaat lebih besar akan dapat diperoleh melalui buku dihasilkan secara ikhlas oleh pengasas yang juga Mursyid Am pertama Ikhwan Muslimun, Imam Syahid Hassan Al Banna, katanya
Lajnah itu menolah sebarang sikap prejudis pihak berkuasa yang menyifatkan Ikhwan sebagai pertubuhan bawah tanah yang diharamkan.
"Bahan-bahan tulisan mereka mengandungi banyak manfaat kepada orang Islam bukan sahaja di Mesir malah di seluruh dunia.
"ini kerana ia mengajak umat supaya berada dalam satu jemaah serta mengembalikan kedaulatan Islam dalam pemerintahan negara,"demikian menurut sumber tersebut.
Idea asal berbuat demikian pernah disuarakan Majma' Buhuth Islamiah (Akademi Penyelidikan Islam) di bawah seliaan universiti Al Azhar yang berharap cita-cita tersebut mencapai matlamatnya.
Buku-buku tersebut menurut sumber, banyak mendidik masyarakat menjadi umat berkualiti dalam kehidupan mereka, pada ketika persoalan akhlak dan jati diri Muslim semakin terhakis.
Pihak yang sanggup menjadi urusetia projek yang melibatkan pencarian bahan-bahan, percetakan dan pengedaran kepada umum, akan memulakan kerja seperti mengumpul bahan-bahan seperti buku, kaset ceramah yang masih dalam simpanan anggota-anggota Ikhwan yang masih hidup ataupun waris mereka.
Antara buku menjadi keutamaan dicetak adalah tentang keperibadian Imam Hassan Al Banna sendiri; Islam Adalah Penyelesaian' tulisan mantan Mursyid am,Mustafa Masyur di samping buku-buku tulisan beberapa mantan Mursyid Am seperti al Marhum Umar At Tilmisani, Muhammad Hamid Abu Nasr,dan Ma'mun Hudaibi. Ia termasuk buku berjudul Ad Dakwah Islamiah Faridhatun Syariah Wa Dharuratun Basyariah oleh Imam Hassan Al Banna yang menyeru umat supaya berada dalam satu jemaah seperti gerakan Ikhwanul Muslimin.
Ikhwan berusaha mendaulatkan Islam, bukan sahaja dari sudut politik, malah merangkumi aspek ekonomi, kemasyarakatan.
Selain itu, ada keperluan mendesak menerbitkan bukunya Dakwatuna (Dakwah Kita) yang wajar disebarkan kepada pengetahuan umum secara segera, katanya.

buat mereka yang ku cinta.. selamanya kita di saffNya.