Wednesday, December 26, 2007

Tafsir AlFath: Ayat 6 &7

Tafsir Al Fath;Ayat 6-7

Kaum munafiqin telah dihukum Allah.
Sifat sama yang ada pada munafik dan kaum musyrik ialaah sifat suka ,menaruh sangkaan buruk kepada Allah. kedua golongan ini ditemukan Allah dalam satu keadaan iaitu "mereka akan ditimpa lingkaran malpetaka yang buruk".

Yaitu mereka terkepung di adalam malapetaka yang melingking dan menimpa mereka.Mereka terkepung dalam kemurkaan dan la'nat Allat da terkepung dalam nasib kesudahan yang buruk yang disediakan utnuk mereka. Mereka dihukum sedemiakian rupa kerana sifat munafik itu adalah sifat yag amat keji yang tidak kurang jahatnya dari perbuatan syirik, juga kerana kejahatan da guagatan kaum munafikin lelaki dan perempuan etrhadap kaum muslimin itu tidak kurang dari kejahatan kaum musyrikin dan perempuan walaupun bentuk rupa kejahatan dua golongan itu berbeza-beza.

Allah teah menjadikan sifat orang-oarng munafik dan orang-orang musyrik lelaki dan perempuan ialah mereka menaruh sangkaan yang buruk terhadap Allah. sedangkan orang yang beriman sentiasa menaruh sangkaan yang baik terhadap Allah, sentiasa mengharapkan kebaikan dariNya samada dalam kesenangan atau kesusahan. Hati orang yang beriman sentiasa berhubung dengan Allah.
Dengan itu , hakikat pertongan, perlindungan dan penjagaan Allah yang Maha Penyayang akan sentaisa dirasai hanya oleh mukmin yang sentiasa berhubung hati dengan Allah.

Monday, December 17, 2007

Tafsir Al Fath 3: Ayat 4 dan 5

Tafsir Al Fath: ayat 4 dan 5.

Perkara-perkara yang terjadi dalam peristiwa Hudaybiyyah kepada kaum mukminin.

1) Hati mereka dipenuhi harapan dan cita-cita untuk melihat mimpi rasulullah itu terlaksana iaitu untuk memasuki Masjidil haram, tetapi tiba-tiba dihalang oleh kaum musyrikin Quraisy . mereka dtidak dibenarkan memasuki Mekah pada tahun tersebut.

2) Rasulullah pula bersetuju menerima syarat mereka sedangkan kaum mukminn telah berihram dan membawa unta-unta yang hendak dikorban dan dikalungkan.

3) Mereka juga terkilan apabila Rasulullah menerima syarat yang berat sebelah iaitu memenangkan kaum musyrikin.

4) Kisah Adu Jandal anak kepada Suhayl juga telah mencabar kesabaran mereka tetapi mereka tetap patuh kepada Rasulullah.

5)Kaum muslimin terlalu kecewa kerana semangat mereka yang pada awalnya berkobar-kobar untuk memerangi kaum musyrikin dalam baiah ridwan terpaksa dibiarkan dahulu untuk satu perdamaian. Sebelum keluar bertolak ke mekah, mereka menyangka hanya akan masuk ke Mekah dengan aman tetapi apa yang terjadi ialah timbul beberapa konflik bersama kaum musyrikin dalam perjalanan menuju ke Mekah. Setelah hati dan semangat mereka berkobar-kober untuk berjuang, mereka terpaksa meredakan perasaan mereka dengan satu perdamaian yang menguntungkan pihak musyrikin. Tetapi mereka tetap yakin dengan Allah dan Rasulnya. Yakin dengan perancangan Allah dan setiap hikmah di sebaliknya.

Disebutkan di dalam tafsir..
"Oleh kerana Allah mengetahui segala perasaan yang mendidih di dalam hati kaum muslimin pada hari itu adalah terbit dari Iman, iaitu terbit dari keghairahan keimanan mereka, bukan kerana kepentingan diri mereka dan bukan pula kerana semangat jahiliah yang ada pada mereka, maka Allah telah mengurniakan rasa ketenteraman kepada mereka.."

" pada hari berlakunya peristiwa itu, kaum muslimin gembira di atas apa yang telah ditetapkan Allah untuk mereka . Mereka menaruh harapan yang besar selepas mendengar ayat-ayat pembukaan surah ini, kerana dari pembukaan ini mereka mengetahui kemenangan yang telah dikurniakan Allah kepada rasulnya, lalu mereka pun menunggu-nunggu habuan mereka dan bertanya-tanya mengenainya. Dan setelah mendengar dan mengetahui, hati mereka pun penuh taqwa dan keredhaan, kegembiraan dan keyakinan.."

Sunday, December 16, 2007

Mujahidah sejati

mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi di cakerawala
Menghiasi taman indahnya permai

mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa

mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah,Aisyah, Fatimah,
menjadi muqarrabin
Bermujahadah, merebut cintaDan kasih Allah
Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi
TuhanCuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan
Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa..

Tarbiyyah Melahirkan Mukmin Mujahid.@ISMA page

Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.
Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da'i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf.
Semua ini adalah peribadi yang lahir hasil daripada tarbiyah imaniyah yang berjalan di dalam madrasah Rasulullah SAW. Didikan Rasulullah SAW bukan untuk melahirkan ahli falsafah atau kumpulan sufi yang asyik dengan riadah ruhiyah semata-mata tanpa menghiraukan tipudaya musuh yang ingin menghancurkan Islam. Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yang ingin mengasingkan diri untuk beribadah dan meninggalkan jihad. Kata Rasulullah SAW kepada lelaki itu;
"Jangan kamu lakukan demikian. Sesungguhnya tegak seseorang kamu di jalan Allah (berjihad) adalah lebih utama daripada ia sembahyang dirumahnya selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka Allah mengamponkan kamu serta memasukkan kamu ke dalam syurga? Berjihadlah pada jalan Allah. Sesiapa yang berperang pada jalan Allah di atas belakang unta , maka wajiblah baginya syurga" (Hadis riwayat At-Tarmizi).
Hasan al-Banna pernah menyebutkan:
'Jihad adalab fardu yang berjalan terus sampai hari kiamat."
Sabda Rasuluilah SAW:
"Barangsiapa mati padahal dia tidak berjihad dan tidak pernah berniat berjihad, maka matinya seperti mati jahiliyah.'
Serendah-rendah tingkat iihad itu ialah dengan cara membantah di dalam hati, dan setinggi-tingginya ialah perang fi sabilillah kerana kebenaran. Di antara kedua-dua tingkatan itu terdapat cara-cara jihad yang lain seperti berjihad dengan lidah, berjihad dengan pena, berjihad dengan tangan dan bejihad dengan cara berani bercakap benar di hadapan raja yang zalim. Semua sifat dan tingkatan jihad tersebut akan lahir melalui proses Tarbiyah lmaniyah, lnsyaallah.
Proses Tarbiyah mesti berterusan
Proses Tarbiyah lmaniyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.Menurut Al Syekh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin berkarat. Rasuluilah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).' (HR Al Baibaqi)
lman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW:
"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.' (HR Al Hakim dan At Tabrani)
Faktor kejayaan Tarbiyah lslamiyah
Dr. Yusuf AI Qardhawi dalam bukunya, telah menjelaskan bahawa di sana ada beberapa faktor yang membantu menjayakan Tarbiyah lslamiyah, antaranya :
i. Keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal don seterusnya mencapai kejayaan. Melalui tarbiyahlah Rasuluilah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi.
Jalan Tarbiyah adalah jalan yang jauh, jalan yang sukar dan jalan yang bertahap-tahap. Sedikit sekali yang mampu mengharungi jalan ini, tapi ianya satu-satunya jalan untuk sampai kepada kejayaan.
ii. Hanya Tarbiyah Islam yang mempunyai manhaj dan matlamat, lengkap dalam semua aspek dan jelas dari segi sumber, proses don perancangannya.
iii. Tarbiyah lslamiyah mampu mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni. Suasana ini membantu setiap anggota masyrakat hidup secara Islam. Masyarakat dididik tentang cara memberi tunjuk ajar, cara bersimpati, memberi pertolongan dan sebagainya. Setiap anggota merasa sedikit dengan dirinya dan merasa banyak dengan sahabat. Dia merasa lemah bila bersendirian dan merasa kuat dengan berjemaah.
iv. Adanya pemimpin yang bersifat pendidik dengan fitrah yang Allah anugerahkan kepadanya. Pengetahuan dan pengalamannya menjadikan Tarbiyahnya lahir daripada hati sanubari yang bersih dan ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Setiap perkataan yang keluar dari hati akan masuk ke hati-hati yang lain tanpa sekatan. Perkataan yang hanya lahir dari lidah semata-mata tidak akan mampu melewati telinga pun. Perpatah ada menyatakan: "Orang yang kehilangan sesuatu benda nescaya ia tidak akan dapat memberikannya."
v. Mempunyai pendidik-pendidik yang ikhlas, berwibawa dan beramanah mengikut jalan pemimpin agong Muhammad SAW. Tidaklah dimaksudkan pendidik di sini mereka yang keluar dari pusal-pusat pengajian tinggi dalam bidang tarbiyah atau pendidikan, dengan ijazah masters atau PhD. Yang dimaksud dengan pendidik di sini ialah mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi, kerohanian yang kuat, jiwa yang bersih, kemahuan yang kental, simpati yang luas dan kewibawaan yang memberi kesan kepada orang lain. Dia mungkin seorang jurutera atau seorang pegawai biasa atau seorang peniaga atau seorang buruh yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip atausistem pendidikan.
vi. Menggunakan berbagai-bagai wasilah seperti kegiatan-kegiatan di dalam halaqat, usrah-usrah, dan katibah-katibah yang dijuruskan ke arah matlamat pembangunan insan muslim yang soleh dan sempurna.
PENUTUP Menjadikan Islam sebagai satu alternatif penyelesaian kepada masalah umat manusia mestilah lahir daripada keyakinan yang berteraskan keimanan, bukan disebabkan kegagalan sistem sistem lain. Islam hanya boleh memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah manusia apabila ianya diambil secara syumul dalam bentuk konkrit. Oleh itu setiap pekerja (amilin) Islam mestilah dibentuk dan diproses berteraskan aqidah tauhid yang bersumberkan daripada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Islam tidak akan dapat dibangunkan tanpa rijal (pahlawan). Rijal tidak dilahirkan tanpa melalui proses Tarbiyah. Dan Tarbiyah tidak akan memberi sebarang kesan tanpa penglibatan dan penghayatan yang bersungguh-sungguh daripada setiap individu. Adalah menjadi harapan dan keyakinan setiap muslim bahawa masa depan adalah milik Islam.
PERJALANAN : ASY SHAHID IMAM HASSAN AL BANNA
Zaman kanak-kanak:Belajar di Institut Tahfizul Qur’an di Mahmudiyah,
Menyempurnakan hafazan di rumah.

Remaja : Sekolah Muallimin Al- Awlawiyah
1923, 17 thn :Fakulti Darul Ulum (Kaherah)

1927, 21thn :Graduat di Fakulti Darul Ulum

1928, 22thn : Mengasaskan Jemaah Ikhwanul Muslimin

21thn - 28thn : Mengajar di Sekolah Rendah Ismailiyah dan di Kaherah selama 17 tahun

1946, 40 thn : Mendapat pangkat 5 dalam kader staf kerajaan ,
Meletakkan jawatan sebagai guru,
Bekerja dengan surat Khabar Ikhwanul Muslimin.

1947, 41thn : Menerbikan majalah Ash-Syihab untuk pendapatan sendiri.

8/12/1948,42 thn :Ikhwanul Muslimin diharamkan parlimen.


Hanisah bt Wanasan
11.04 am
Sungai Petani.

Rujukan: Mengingati 100 tahun Hassan Al Banna, Karangan Riduan Mohd Noor.
SAHABAT…pernah tak sahabat renungkan pada embun yg melitupi sarang labah2 dipagi2hari ? pernahkah sahabat perhatikan itu? pernahkah sahabat perhatikan akan erti yg tersirat disebalik kejadian Allahitu?
sahabat,ibrah sarang labah2 itu adalah cinta sejati seorang hamba pada Allah. dan cintanya yg sejati terhadap manusia kerana Allah.sahabat,
pernahkah sahabat perhatikan pada labah2 yg sedang membina sarangnya? begitu tekun labah ini, dan begitu khusyuk dan bersungguh2 dia.dia melakukannnya dgn penuh susah payah dan penuh kesukaran. bukanlah mudahmembina struktur sekompleks sarang labah2. sahabat... bukan mudah.... tapi dilaluinya juga kesusahan itu. kerana apa?kerana itulah " sunnatullah "kerana itulah fitrah seekor sang labah2kerana hendak menjadi pengajaran kpd akal manusia yg mahu berfikir.sahabat,
begitu juga sifat cinta yg sejati...ia bukan dibina dgn mudah. ia bukan diperlolehi dgn angan2 kosong ataupenantian santai... bukan!
wahai sahabatku.... ia diperlolehi melalui usaha yg getir dan penuh dgn duri & ranjau. sahabat,cinta pada Allah adalah usaha berpanjangan membina diri menjadi insan yglebih sempurna. menyempurnakan ilmu melalui pembacaan dan pelajaran ygdiperlolehi dari arifiin. menyempurnakan ilmu dgn amalan yg istiqomah.perumpamaan seorang yg berilmu tapi tak mengamalkan ilmu adalah spt pohonyg lebat daunnya tapi tak berbuah. dari diri yg sudah mantap pengamalanilmu itu, datang pula dakwah. menyampaikan pada yg perlu. sampaikanlahwalau sepotong ayat. along the way, perbagai ujian dan cubaan akan datangmenjadi tamu. menjengah menguji si daie. Apakah tegar cintanya padaRabbnya... atau apakah cintanya hanya seperti embun di rantaian suteralabah2?sahabat,pernahkan sahabat perhatikan embun yg menumpang malam di rantaian suteralabah2? sahabatku, itulah ibrah cinta dunia. cinta dunia tidak dimintadatangnya. perginya pula seperti juga embun itu. Tatkala datangnya mentari,maka sirnalah ia dari sutera labah2 tadi... seperti juga cinta dunia, pabiladatang kematian, berpisahlah si kaya dgn hartanya. berpisahlah dia dgnsaudara maranya utk dia menjawab soalan mungkar dan nakir. akan berpisahlahia dari pasangannya yg pernah menjadi tempat ia melafazkan sumpah dan janjisetia. tempat ia meluahkan segala kesetiaan pengabdian. Namun,yg akantinggal bersamanya ialah hanya sekelumit mana ia menyimpan cintanya padaAllah... itulah yg bakal menjadi temannya berhadapan dgn realiti yg pernah didustakannya suatu masa dahulu ketika mana hidupnya di atas dunia dahulu.sahabat, itulah cinta dunia. dan seperti juga embun yg akan menjadi tamusutera labah2 saban fajar... begitu juga cinta dunia akan berkerumunmendekati dan menggoda orang2 yg hatinya sudah diabadikan kpd cinta padaRabbnya... ia akan datang dalam perbagai bentuk.... mungkin dalam bantukharta2 yg bertimbun2, mungkin dalam bentuk kekuasaan yg tak terbatas,mungkin juga berbentuk ladang2 yg luas, mingkin juga terbentuk dari saudara ygramai mungkin juga terbentuk dari pasangnnya yang mencintaii dunia. taksiapa tahu apakah bahagiannya. Allah memberi petunjuk kpd orang ygdiingininya dan mengazab siapa yg diingininya....sahabat,hendaklah, kita seperti sutera labah2 ini. walau kita dikerumuni cintadunia, walau kita di hambat angin ujian, walau kita ditimpa hujanmusibah..... hendaklah kita se thabat sutera labah ini2. hendaklah cinta ygkita bina seperti sutera labah2 itu. baik dari segi tujuan akanpembinaannya, mahupon proses pembinaannya. Tujuannya adalah utk memenuhisyiar Allah... menyempurnakan fitrah kemanusiaan. Proses pembinaan adalahpenuh dengan tarbiah ruhiah yg baik diperlengkap dengan kefahaman yg mantapserta amalan yang istiqomah.sahabat,kita berlindung dgn Allah dari tertipu dgn tipu daya nafsu dan syaitan.hinggakan kita tersilap membina cinta ini, kita isi cinta ya dibina dgnembun dunia. bila datang realiti kehidupan, maka cinta yg telah disulamngan kata2 manis dan janji setia itu sirna bertukar menjadi mimpi2 malam ygmenagih2 nikmat tidur. khuatiri bila, kesusahan hidup datang bertamu. bilamasalah sedebu menjadi sebatu... ketika itulah embun2 segar dunia tadi tersejat dan hilang entah kemana. yg tinggal adalah kesedihan dan penderitaan.
Puas sudah
Kucari kebahagiaan
Di sisi teman-teman
Kudapat hanya kelalaian
Ku cari lagi
Di hati seorang kekasih
Kudapat hanya kekecewaan
Dan ku terus mencari
Dalam meniti hari
Penuh kekosongan..
Oh, di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati
Yang sarat kerinduan
Rindu yang tiada haluan
Aku keliru sendiri
Apa yang kucari
Apa yang kuperlukan
Aku masih tak bisa mengerti
Yang pasti
Kekosongan hati minta diisi…
Sejenak ku tersedar
Aku mencari cinta agung
Buat jiwaku yang merindukan
Hakikat kebenaran
Cahaya yang membelah kegelapan
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan..

Ku sedar
Destinasi pencarianku di sini
Ku mencari-Mu Tuhan
Mengharap keredhaan
Menagih kebahagiaan
Dari sinar cahaya Iman..

Friday, December 14, 2007

TAFSIR AL FATH 2



"Semalam telah turun kepadaku satu surah yang lebih dicintaiku daripada seluruh dunia dan segala isinya…"
Hati beliau yang jujur itu telah dilimpahi perasaan syukur terhadap Allah yang mengurniakan nikmat-nikmat yang besar itu. Kesyukuran itu 'dinyatakan' dalam solatnya yang panjang.. "Adalah rasulullah apabila sembanhyang, beliau berdiri sehingga bengkak kedua kakinya" dan Siti Aisyah telah menegurnya,"Wahai Rasulullah, mengapa anda bersembanhyang sehingga begini, sedangkan Allah telah mengampunkan dosa-dosamu yang telah lalu dan dosa yang kemudian?.." jawab Rasulullah..

"Tidakkah aku patut menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur kepada Allah?.."


Tafsir Ayat 1-3

Surah ini dibuka dengan limpah kurnia Allah yang amat besar kepada Nabi S.a.w iaitu

kemenangan yang jelas,
keampunan dan nikmat yang sempurna ,
hidayah yang tetap dan
pertolongan Allah yang kuat.

Ia juga merupakan balasan kepada keyakinan dan ketenteraman yang sempurna kepada;

Ilham dan arahan-arahan Allah,
Sikap berserah kepada perintah Allah dengan penuh kerelaan,
sikap mengosongkan jiwa dari kehendak keinginan peribadi dan
balasan kepada kepercayaan yang mendalam kepada kawalan dan pemeliharaan Allah yang penuh mesra.

Keyakinan, kepatuhan dan kesetiaan Nabi kita Muhammad S.A.W kepada Allah…

Perjanjian Hudaybiyyah merupakan satu kemengan dakwah.
Buktinya, jumlah orang-orang yang memeluk Islam dalam masa dua tahun (tahun perjanjian hudaybiyyah-tahun pembukaan kota Makkah) adalah sama ramai dengan jumlah kaum muslimin sebelum perdamaian atau lebih lagi.

Kesan dan hikmah utama perjanjian Hudaybiyyah;
Kaum Quraisy mengakui kedudukan nabi.
Pengiktirafan masyarakat umum kepada Nabi dan kaum muslimin setelah orang2 quraisy dan pembesarnya memamdang kaum muslimin sebagai tandingan yang setaraf dengan mereka. Sebelum ini kaum muslimin dipandang hina dan lemah berbanding arab Quraisy yang sangat berpengaruh.
Memberi pengajaran kepada orang arab Badwi di Madinah yang tidak mahu menyertai Rasullullah s.a.w dan menyangka mereka tidak akan pulang dengan selamat.
Suara kaum Munafiqin yang menghasut Muslimin menjadi amat lemah.
Orang-orang arab juga mula mengunjungi Rasullullah dari segenap penjuru.
Kekuatan yahudi dapat dihancurkan.
Rasullullah dapat mengirim tentera ke tempat yang jauh tanpa gangguan dan seterusnya tindakan tersebut membantu Rasulullah menakluki Makkah kemudiannya.
Allah mengurniakan kemenangan jiwa dan hati kepada kaum muslimin.

Kemenangan Jiwa dan Hati
Para sahabat yang telah mengadakan perjanjian setia Ar-Ridhwan telah dinyatakan oleh Allah bahawa ia mendapat keredhaan Allah..







Hanisah bt Wanasan
6.07 am
15 Disember 2007

Rujukan; Tafsir Fi Zilalil Qur'an.

Thursday, December 13, 2007

Tafsir al Fath

  • ﴿بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ ﴾


    Al-Fat-h

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

    [48.1] Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,

    [48.2] Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).

    [48.3] Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

    [48.4] (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

    [48.5] (Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka);

    [48.6] Dan supaya Ia menyeksa orang-orang munafik - lelaki dan perempuan, dan orang-orang musyrik - lelaki dan perempuan, yang menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang buruk (bahawa Ia akan mengecewakan RasulNya). Atas merekalah tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh peredaran zaman; dan (selain itu) Allah murkai mereka dan melaknatkan mereka serta menyediakan untuk mereka neraka Jahannam; sedang neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

    [48.7] Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menyeksa orang-orang yang derhaka); dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

    [48.8] Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai Rasul yang menjadi saksi (yang diterima keterangannya), dan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).

    [48.9] (Kami mengutusmu wahai Muhammad) supaya engkau dan umatmu beriman kepada Allah dan RasulNya, dan supaya kamu kuatkan ugamaNya serta memuliakanNya, dan supaya kamu beribadat kepadaNya pada waktu pagi dan petang.

    [48.10] Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.

    [48.11] Orang-orang "A'raab" (kaum Arab Badwi) yang ketinggalan tidak turut (bersama-sama denganmu ke Hudaibiyah), akan berkata kepadamu (wahai Muhammad): "Kami telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isteri kami; oleh itu, pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami". Mereka berkata dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Katakanlah (wahai Muhammad: "Jika demikian sebab ketinggalan kamu) maka adakah sesiapa yang berkuasa mempertahankan kamu daripada terkena atau menerima sesuatu ketetapan dari Allah jika Ia tetapkan kamu ditimpa bahaya atau beroleh manfaat? (Tidak ada sesiapapun, dan apa yang kamu katakan itu bukanlah menjadi sebab) bahkan Allah adalah Maha Mendalam pengetahuanNya tentang sebab ketinggalan yang kamu lakukan itu (dan Ia akan membalasnya).

    [48.12] "(Itu bukanlah sebabnya) bahkan sebabnya kamu telah menyangka bahawa Rasulullah dan orang-orang yang beriman (yang pergi berperang akan binasa semuanya dan) tidak akan kembali lagi kepada akan isteri dan keluarga masing-masing selama-lamanya; dan sangkaan yang demikian itu diperelokkan (oleh Syaitan) di dalam hati kamu (serta menerimanya); dan lagi kamu telah menyangka berbagai-bagai sangkaan yang buruk (terhadap ugama Allah yang dibawa oleh RasulNya); dan (dengan itu) menjadilah kamu kaum yang rosak binasa".

    [48.13] Dan (ingatlah bahawa) sesiapa yang tidak beriman kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Kami sediakan bagi orang-orang kafir itu api neraka yang menjulang-julang.

    [48.14] Dan (ingatlah juga bahawa) kuasa pemerintahan langit dan bumi adalah hak kepunyaan Allah, Ia berkuasa mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga berkuasa menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    [48.15] Orang-orang (munafik) yang tidak turut berjuang (bersama-sama kamu) akan berkata semasa kamu pergi (mengepong musuh serta) mendapat harta rampasan perang: Biarkanlah kami turut serta dengan kamu!" Mereka (dengan itu) hendak mengubah janji Allah (yang menentukan hanya orang-orang yang turut hadir di Hudaibiyah sahaja yang berhak mendapat harta rampasan perang itu). Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu tidak dibenarkan sama sekali turut serta dengan kami; demikianlah Allah menegaskan (larangan itu) semenjak dahulu lagi". Mereka akan berkata pula: "(Bukan Tuhan yang melarang) bahkan kamu dengki kepada kami", (apa yang mereka katakan itu tidaklah benar), bahkan mereka tidak faham kecuali sedikit sahaja; (mereka hanya faham tentang kehidupan dan kesenangan dunia semata-mata).

    [48.16] Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tidak turut berjuang (bersama-samamu) dari kalangan kaum-kaum Arab Badwi: "Kamu akan diajak menentang satu kaum (penceroboh) yang sangat kuat gagah supaya kamu memeranginya, atau mereka menurut perintah Islam (secara damai). Jika kamu taat (menjalankan perintah Allah ini), Allah akan mengurniakan kamu dengan balasan yang baik (di dunia dan akhirat), dan kalau kamu berpaling ingkar seperti keingkaran dahulu, nescaya Allah akan menyeksa kamu dengan azab yang tidak terperi sakitnya".

    [48.17] Tidaklah menjadi salah kepada orang buta, dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang, dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit (tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya). Dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkanNya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksaNya dengan azab yang tidak terperi sakitnya.

    [48.18] Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya;

    [48.19] Dan juga dengan banyak harta rampasan perang, yang mereka akan dapat mengambilnya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.

    [48.20] (Sebagai memuliakan orang-orang yang memberi pengakuan taat setianya di Hudaibiyah, Tuhan menujukan firmannya kepada mereka): Allah menjanjikan kepada kamu harta rampasan yang banyak yang kamu akan mengambilnya, lalu Ia menyegerakan untuk kamu harta rampasan perang ini, serta Ia telah menahan tangan manusia (pihak musuh di situ) daripada menyerang kamu; (Allah melakukan yang demikian supaya kamu beroleh manfaat) dan supaya menjadi tanda (yang membuktikan kebenaran janjiNya) bagi orang-orang yang beriman, dan juga supaya Ia menambahkan kamu hidayah ke jalan yang lurus.

    [48.21] Dan ada lagi harta rampasan lain yang kamu belum dapat menguasainya, (tetapi) Allah telah memelihara harta itu dengan kekuasaanNya (untuk kamu mendapatnya); dan (ingatlah), Allah adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

    [48.22] Dan sekiranya orang-orang kafir (dari penduduk Makkah) itu memerangi kamu (di Hudaibiyah), tentulah mereka akan berpaling melarikan diri dengan kekalahan; kemudian mereka tidak akan beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung atau memberikan pertolongan.

    [48.23] (Kekalahan orang-orang yang menentang Rasul Allah sudah tetap menurut) "Sunnatullah" (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.

    [48.24] Dan Dia lah yang telah menahan tangan mereka (yang musyrik) daripada melakukan perkara yang buruk terhadap kamu, dan tangan kamu daripada berbuat demikian kepada mereka di kawasan Makkah, sesudah Ia menjadikan kamu dapat menewaskan mereka. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.

    [48.25] Mereka itulah orang-orang yang kafir dan menghalang kamu daripada masuk ke masjid Al-Haraam (Makkah Al-Mukarramah) serta (menyebabkan) binatang-binatang korban (yang kamu bawa): tertahan dari sampai ke tempat sembelihannya. Dan kalaulah tidak kerana kemungkinan kamu akan melakukan pembunuhan yang tidak sengaja terhadap beberapa orang yang beriman, lelaki dan perempuan, yang ada di antara orang-orang kafir itu, pada hal kamu tidak mengetahui mereka beriman, yang akibatnya kamu akan menanggung kesusahan dan dukacita disebabkan pembunuhan mereka, - (tentulah diizinkan kamu menyerang kaum musyrik yang mengancam kamu itu). (Tetapi tidak diizinkan) kerana Allah hendak memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya. Kalaulah mereka (penduduk Makkah - yang beriman dan yang musyrik) itu berpisahan (di antara satu puak dengan yang lain), tentulah Kami menyeksa orang-orang yang kafir dari mereka dengan seksa (di dunia) yang tidak terperi sakitnya.

    [48.26] (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

    [48.27] Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam - insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) - dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah mengangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Ia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Ia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunnya).

    [48.28] (Allah yang menyatakan itu) Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan ugama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu).


    [48.29] Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

    Latar Belakang pembicaraan Asbab An Nuzul Al-Fath.
    · Surah Madaniayyah.
    · Diturunkan pada tahun ke enam hijrah, 3 tahun selepas turunnya surah Muhammad.
    · Rasullullah s.a.w bermimpi beliau bersama orag-orang Islam akan memasuki Makkah dengan kepala bercukur dan bergunting.
    · Pada waktu tersebut, kaum musyrikin Makkah telah melarang mereka memasuki Makkah walaupun pada bulan-bulan haram.
    Peristiwa Hudaybiyyah.
    Walaupun rasullullah telah berjaya menubuhkan sebuah masyarakat islam di madinah, masih terdapat saki baki kaum yang tidak beriman dengan Allah natarnya ialah orang munafik yang pura-pura beriman, tetapi mengaku beriman dengan allah demi kepentinfan diri mereka. Antaranya dapat dilihat pada sikap orang arab Badwi yang berlengah-lengah dengan arahan Rasullullah untuk keluar bersama beliau untuk ke Makkah.Pada wakti itu, Rasullullah telah berniat untuk mengerjakan umrah tanpa berniat untuk berperang malah ingin masuk dalam keadaan aman dan damai ke kota tanah air yang dicintainya itu.Namun rasullullah bimbangkan ancaman keras oleh pihak musyrikin Quraysh yang sedang bermusuh dengan orang-orang Islam.
    Rasulullah bersabar dengan sikap mereka . kaum ansar dan muhajirinlah yang menemani Rasullullah s.a.w. Apabila Musyrikin Quraisy mendengar khabar ini, mereka telah keluar beramai-ramai untuk menghalang Rasullullah dan rombongannya dari memasuki kota Makkah. Kemudian Rasullullah bersama pengikutnya menukar arah perjalanan yang ditunjuk oleh seorang lelaki dari bani Aslam dari kalangan mereka. Jalan tersebut sukar dan berbatu batu.
    Kemudian kaum Quraisy menyedari akan penukaran arah perjalanan Rasullullah apabila ternampak kepulan debu dari perjalanan rasullullah lalu merea lari mendapatkan Rasullullah s.a.w.
    Di dalam perjalanan, tiba tiba unta Rasullullah melutut tidak mahu bergerak lagi. Pengikut rasullullah pada masa itu menyangka unta Rasullullah sudah keletihan tetapi sebenarnya unta tersebut telah dihalang oleh kuasa yang telah menghalang tentera-tentera bergajah abrahah dari memasuki Makkah pada suatu masa dulu.
    Dari kisah ini, kita dapat melihat betapa tenang dan yakinnya Rasullullah apabila sentiasa mendapat petunjuk dan perlindungan dari Allah.Rasullullah meminta rombngannya berhenti di tempat tersebut sahaja dahulu. Oleh kerana wadi tempat berhentinya mereka itu ketiadaan air, maka Rasullullah menyuruh seorang dari sahabatnya memacak anak panah Rasullullah lalu terpancarlah mata air dari tempat itu.
    Utusan Demi Utusan.
    Quraisy menghantar utusan demi utusan kepada Rasullullah kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Rasullulah. Antaranya ialah Budayl Ibn Warqa' Al Khuzaie , Mukraz ibn Hafs ibn Al Akhyaf, al Hulays ibn Alqamah/ ibn Zaban, Urwah ibn Mas'ud bapa saudara Al-Mughirah ibn Syu'bah(pengikut rasullullah ketika itu).
    Rasullullah juga menghantar utusannya keada Quraisy bagi menyatakan hasrat mulianya tetapi orang yang diutus itu cuba dubunuh oleh kaum Quraisy tetapi telah dihalang oleh kaum Hubsyi. Unta kepunyaan Rasullullah bernama Ath Tha'lab yang ditunggang oleh utusan tersebut juga telah disembelih mereka.
    Kemudian kaum Quraisy Mekah telah menghantar 40 /50 orang tentera untuk menyerang salah seorang sahabat nabi di tempat perkemahan nabi tetapi telah berjaya dtangkap oleh tentera-tentera Islam dalam rombonagn itu lalu dibawa kepada rasullullah. Rsullullah telah memaafkan dan membebaskan mereka. Tentera Quraisy yang tidak mengenang budi dan biadab itu telah melontar pula tentera Rasulullah dengan batu-batu dan anak panah.
    Tidak lama kemudian, Umar dipanggil oleh Rasullullah untuk dijadikan utusan ke Mekah tatpi oleh kerana umar ramai musuhnya dari kalangan kaum musyrikin Mekah itu, maka umar digantikan dengan uthman keraan lebih ramai pengaruh di Mekah.
    Setelah sampai di Mekah dan bersemuka dengan kaum Musyrikin Mekah, uthman dibenarkan untuk bertawaf, tetapi Uthman bertegas untuk menunggu Rasullullah bertawaf dahulu.Setelah itu Uthman ditahan disisi mereka.Di kalangan rombongan Rasullullah telah tersebar khabar angin mengatakan Uthman telah dibunuh lantas Rasullullah mengadakan Baiah Ar-Ridhwan. Tidak lama kemudian sampai pula berita bahawa khabar angin yang mengatakan Uthman telah dibunuh itu tidak benar.
    Suhayl Ibn A'mir telah dihantar oleh pihak Quraisy bagi tujuan berdamai.
    Perjanjian Hudaybiyyah Termeterai
    Sewaktu perjanjian ditulis (ditulis olh Ali), berlaku sedikit ketidaksehaluan apabila suhayl keras kepala menyebabkan rasullullah bersabar dan mengalah dahulu.ia berkaitan dengan permulaan tulisan dengan kalimah 'bismikallahumma' dan keengganan suhyl mengaku 'Muhammad Rasullullah'. Walaubagaimanapun, perjanjian tersebut selamat ditulis hingga ke syarat terakhir walaupun perjanjian tersebut berat sebelah keran berpihak kepada kepentingan Musyrikin Mekah. Rasullullah akur kerana beliau tahu dan yakin dengan hikmah yang tersembunyi yang disediakan oleh Allah.
    Antara isi perjanjian tersebut ialah tentang:
    · Gencatan senjata selama 10 tahun.
    · Pemulangan mana-mana orang Quraisy yang masuk ke pihak Muhammad tanpa keizinan walinya tetapi tidak kepada mana-mana orang Muhammad yang masuk ke pihak Quraisy
    · Tidak menceroboh, tidak mencuri, tidak mengkhianati.
    · Sesiapa sahaja bebas untuk pilih memasuki dari mana-mana pihak yang mengadakan perjanjian.
    · Pihak Muhammad akan pulang pada tahun tersebut, dan dapat memasuki Makkah pada tahun hadapan setelah orang-orang Quraisy keluar.
    · Dapat tinggal di Makkah hanya selama 3 hari sahaja.
    · Hanya dibenarkan membawa senjata seorang penunggang dan pedang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam sarungnya.

    Kemudian berlaku pula kisah sedih Ab Jandal,anak Suhayl yang melarikan diri daripada kaum musyrikin Mekah yang menyeksanya. Suhyl mendapatkannya dan menamparnya . Perjanjian telah termeterai maka Abu Jandal ditarik untuk dipulangkan kepada kaum Musyrikin sedangkan Abu Jandal berteriak kepada kaum muslimin. Rasullullah menenangkan Abu Jandal dan menerangkan apa yang telah berlaku.Abu Jandal menghormati keputusan rasullullah dan perjanjian yang telah dibuat.
    Setelah setelh perjanjian tersebut, Rasullullah telah menyuruh sahabat-sahabatnya menyembelih unta-unta korban dan bercukur. Rasullullah telah menyuruh sebanyak 3 kali tetapi tida siapa yang melakukannya lantaran terlalu sedih dan kecewa dengan keadaan mereka. Betapa kesabaran dan kesetian mereka telah diuji sehingga ke tahap itu.
    Ummu Salamah telah menasihati rasullullah melakukannya dahulu. Ternyata mereka mengikut perbuatan rasulullah setelah melihat Rasullullah melakukannya tetapi mereka hampir bergaduhan krn terlalu kecewa. Rasullullulah berdoa kepada orang2 yang bercukur kerana mematuhi Rasullullah dengan ikhlas.
    Sewaktu Rasulullah berangkat untuk pulang ke Madinah, beliau telah menerima wahyu. Inilah Asbab An Nuzul surah Al Fath..
    Surah Al- fath diturunkan untuk memberi ketengan dan khabar gembira kepada orang Islam yang bersama-sama nabi ketika itu. Ia juag untuk memantapkan iman dan keyakinan mereka kepada Allah di samping menyatakan penjelasan dan redho Allah kepada mereka.

    Seulas bicara dari akhlak Rasulullah s.a.w…..

    Rasulullah tidak bertolak ansur kepada perkara yang bukan haq, berpendirian teguh dalam keyakinannya kepada Allah..
    Sekalipun keputusannya melukakan hati sahabatnya yang dicintai..kebenaran tetap kebenaran..
    Rasullullah bertajarrud, Akidah yang benar membuahkan keputusan yang tepat..
    "Aku hanyalah hamba Allah dan rasulNya, aku tidak akan melanggar perintahnya dan Dia tidak akan mengecewakanku…"-Rasulullah s.a.w.
    Sedamai janji Ilahi..

    Hanisah bt Wanasan
    14 Disember 2007
    12.28 pm

    Rujukan: Tafsir Fi Zilalil Qur'an.







Friday, December 7, 2007

Jalan Dakwah: Antara Keaslian dan Penyelewengan

Jalan Dakwah; Antara Keaslian dan Penyelewengan.

Bahawa serendah-rendah peringkat pelaksaan ukhwah itu ialah saling berlapang dada, dan kemuncaknya adalah Itsar. -Asy-Syahid Imam Hassan Al Banna.

Perkara pertama yang diutarakan oleh Mustapha Mahsyur dalam buku ini merupakan persoalan matlamat dan sasaran. Matlamat sebenar seseorang muslim itu ialah mengagungkan kalimah 'La ilaha illAllah' dengan berpegang kepada 4 prinsip asas seorang pejuang Islam iaitu Allah tuhan kami, Al-Qur'an pegangan kami, Jihad jalan kami, dan syahid cita-cita kami. Seorang muslim mukmin yang berjuang mestilah bersih hatinya dari penyakit-penyakit hati yang berupaya melemahkan semangat mereka. Kisah tukang-tukang sihir Firuan yang telah setia kepada Islam selepas mereka beriman membuktikan seorang mukmin perlu mempunyai akidah yang benar di samping keyakinan yang mantap dari ilmu yang benar.
Sasaran sebenar jalan dakwah ialah untuk membebaskan watan Ilsami dari sebrang bentuk penjajahan dan menegakkan daulah Islamiyyah . Daulah Islamiyyah adlah lengkap apabila hokum-hukum Islam telah dijalankan secara meyeluruh di sesebuah negara itu. Antara penyelewengan secara individu ialah merasakan cukup dengan pencapaian dakwah yang tidak seberapa dan secara amnya ialah apabila hukum-hukum Ialam itu hanya dilaksanakan pada satu-satunegeri sahaja.
Bab kedua telah menghuraikan masalah penglibatan dalam jemaah. Perkara pertama yang harus dijelaskan pada para duat ialah tentang kefahaman sepertimana yang telah digariskan dalam rukun baiah. Perkara kedua ialah tentang sikap bermudah-mudahan dengan mengurangkan tugas jemaah dan amal jamai'e. Terdapat banyak pertubuhan -pertubuhan Islam yang tidak bersatu terutamanya dari segi methodnya maka seseorang harus memlilih jemaah yang mempunyai prinsip-prinsip berikut iaitu adanya manhaj kerja untuk menegakkan daulah Islamiyyah, kefahaman matlamat, visi dan misi yang jelas.Antara bentuk penyelewengan yang lain ialah terdapatnya puak puak kecil di dalam jemaah. Selain itu, terdapat lebih banyak hubungan peribadi daripada hubungan jemaah juga boleh membantutkan kesatuan dalam berjemaah..Sengaja membangkitkan pertelagahan,membebaskan diri daripada baiah, tidak menunaikan rukun baiah, bangga dengan nama jemaah juga menrupakapenyelewengan yang harus ditangani supaya ia tidak berakar di dalam sesebuah kesatuan.
Seterusnya saya akan menyenaraikan secara point untuk menyesuaikan dengan teksnya yang berfakta dan ringkas supaya lebih mudah difahami.

Penyelewengan kefahaman.
· Menyalahi usul 20. Contoh yang berlaku pada tahanan-tahanan yang disiksa kerana terlalu tersiksa menyebabkan iman mereka tergugat sekaligus menyeleweng dari garis panduan jalan dakwah.
· Mengurangkan nilai sunnah nabawiyyah kerana ingin disesuaikan dengan zaman baru. Sebab untuk mengurangkannya adalah alasan semata-mata.
· Membenarkan masalah juz'iyy daripada masalah kulliyy.
· Berseparuh dalam pegangan agama. Sebagai contoh, seseorang yang hanya menitikberatkan soal soal ibadah tetapi tidak kepada tuntutan jihad.


Penyelewengan Gerak Kerja dan Jalannya.
Mengikut cara parti-parti berpolitik yang terseleweng niatnya.. Kata Mustafa Mahsyur, kita bukannya suara-suara dalam pilihanraya tetapi kia mahukan orang-oarang mahu berikan diri dan harta mereka pada jalan Allah.
Tidak mengutamakan unsur pendidikan.
Kecuaian di dalam penyatuan.
Kecuaian mematuhi masalah syarat berjemaah.
Tidak jelas kefahaman dalam jihad.
Mempunyai semangat kenegerian.
Terpengaruh dengan ideologi manusia yang tidak munasabah untuk berada di jalan dakwah.
Mendedahkan jemaah kepada kongkongan orang luar.
Penyertaan dalam pemerintahan yang tidak menjalankan undang-undang Islam.
Sikap setiakawan yang melanggar prinsip-prinsip jemaah.
Mengenepikan prinsip syura dan nasihat.
Banyak bertengkar dan sedikit bekerja.
Tiada garis panduan perjalanan.
Cenderung kepada masalah tepian.
Menarik diri dari orang Islam.

Antara Kepercayaan dan Keraguan
· Kepercayaan terhadap rukun baiah.
· Lebih baik mendapat fitnah manusia daripada mendapat azab Allah.

Di Sekitar Ujian dan Dugaan

Tidak berputus asa sebelum menghadapi ujian.
Tidak menyingkirkan orang yang tidak sanggup menahan siksaan.
Tidak menjadikan ujian sebagai harapan.
Tidak mengenepikan hikmah di sebalik ujian.
Ujian bukanlah hukuman untuk kesalahan.
Terlalu memikirkan ujian akan melemahkan semangat.
Ujian adalah sunnatullah.
Dalil-dalil:
-Peristiwa yang berlaku kepada Khabbab Al-A'rat
-Kisah Yasir
-Surah Al Ankabut: 2-3
-Surah Al-Baqarah:214
-Surah Ali Imran: 179
-Al-An'am:34


Hanisah bt Wanasan
7 Disember 2007
2.48 pm

Sejarah dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden

Sebagai dapatan dari kajian saya terhadap perkembangan gerakan Islam, ingin saya membuat kesimpulan terhadap bacaan saya dari sebuah buku bertajuk 'Sejarah dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden' karya Riduan Mohd Nor sebagai tugasan kendiri saya pada sem ini.
Secara keseluruhannya, faktor-faktor yang mencetuskan kebangkitan Islam di majoriti seluruh pelusuk dunia pada abad ke 70an hingga abad ke 90an ialah kerana kekecewaan masyarakat dunia pada sistem barat, keadaan sosial ekonomi yang tidak stabil dan kesedaran kendiri masyarakat pada keupayaan Islam sebagai jawapan dalam mengatasi masalah-masalah tersebut.
Antara isu-isu sejagat yang telah berlaku pada dekad tersebut ialah Islamisasi dan rampasan kuasa yang berlaku di Sudan yang telah menaikkan nama seorang tokoh pejuang Islam, Jaafar Muhammad Numeiri. Di Mesir idealogi Imam Hassan Al-Banna telah menymbang kepada kejatuhan Anwar Sadat, seorang pemimpin mesir yang telah berpaling dari Ihkwanul Muslimin.
Tekanan kepada gerakan dan radikalisme pemikiran telah menyemarakkan lagi api kebangkitan Islam. Revolusi Iran telah mencatat sejarah kemenangan Kerajaan Revolusi apabila Shah Iran digulingkan. Hizbullah dan golongan pemikir Islam seperti Dr Ali Syariati sebagai intelektual Islam turut menjadi penggerak yang hebat.
Di Afghanistan, Sheikhul Hadith Maulana Abdul Haq telah mengelurkan fatwa kewajipan berjihad. Tindakan ini disokong oleh Dr Abdullah Azzam, seorang warganegara Palestin yang telah berjinak-jinak dengan gerakan jihad sewaktu menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Islamabad Pakistan. Dr Abdullah Azzam telah menyatukan 7 tanzim iaitu pertubuhan Islam yang pelbagai bagi membentuk Kesatuan mujahidin Islam Afghanistan.Usamah bin Laden juga tidak ketinggaan namanya dalam perang jihad sebagai seorang dermawan pemberani yang disegani kerana telah menyumbang pelbagai kemudahan untuk gerak kerja tentera jihad di Afghanistan.
Di Algeria, kebangkitan Front Islamic Salvation iaitu Barisan Penyelamat Islam telah tertubuh atas kesedaran dengan pelaksanaan usrah-usrah, kesedaran di kalangan pelajar di kampus dan kesatuan tenaga masyarakat yang ingin bangkit menentang penjajahan perancis.Malik Bennabi merupakan salah seorang tokoh karyawan teks-teks usrah selain bahan haraki dari Hassan Al Banna dan tokoh-tokoh tersohor yang lain.
Turki juga telah mencatat kebangkitan parti Islam . Nama Mustafa Kamal Atarturk tidak asing lagi sebagai penjenayah dan perosak besar kepada negara bekas naungan khalifah itu. Kejatuhan empayar turki uthmaniah hasil pakatan Mustafa kamal Ataturk bersama Yahudi meledakkan batas kesabaran bukan sahaja di kalangan umat islam di negara tersebut, malah di seluruh pelusuk dunia.. malah binatang turut mengeji tindakannya(Metafora).Sheikh Badiuzzaman Said An Nursi menentang regim Mustafa melalui perang fikiran atau 'gazwatul fikr' antaranya dengan menerbitkan risalah An-Nur yang menggabungkan ilmu aqidah dan fakta sains membuahkan hasil dalam mencelikkan kesedaran masyarakat Turki tentang betapa penindasan terhadap Islam telah membarah di bumi mereka. Penubuhan Parti Mili Salamat telah bertukar nama kepada Parti Refah (Parti kebajikan) diterajui oleh Prof. Najmuddin Erbakan, dimana parti ini memenangi hati rakyat dengan sumbangan kebajikan bagi meredakan beban penindasan yang dideritai rakyatnya.Tajuk ini akan saya ulas dengan lebih mendalam setelah menghabiskan satu lagi buku bertajuk 'Turki; Negara Talam Dua Wajah ' terjemahan daripada karangan Dr Abdullah Azzam (tokoh yang menyumbang kebangkitan Islam di Afghanistan, seperti yang saya sebutkan sebelum ini.)
Sebagai kesimpulan awal, idea negara-negara yang dijajah golongan kuffar ini turut terpanggil dengan idea jihad Pan-Islamisme.
Seterusnya ialah tentang penubuhan parti-parti Islam di tanah-tanah juang tersebut. Ikhwanul Musimin telah diasaskan pada 1928 sewaktu Hassan al Banna berumur 22 tahun dan sedang mengajar sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah di Ismailiah dan di Kaherah.Mengagumkan bukan. Fikrah perjuangannya yang ditanam sejak usia muda dan beliau berjaya menjadi ikon mata rantai pejuang dan aktivis masa kini . Biodata dan jalan hidupnya telah saya muatkan dalam satu carta minda yang tidak dapat dimuatkan dalam laman ni kerana masalah format. Tajuk ini Insya'Allah akan saya ulas lagi berdasarkan buku karangan Ridhwan Mohammmad Nor bertajuk ' Memperingati 100 Tahun Hassan Al-Banna'. Dapatan baru saya ialah susur galur tokoh pimpinan Ikhwanul Muslimin sejak ditubuhkan sehingga kini. Bermula Hassan Al Banna sebagai mursyidul am Ikhwanul Muslimin yang pertama,kemudian Syeikh Hassan Hudaibi yang kedua, diikuti Umar At-Tilmisani yang ketiga, Muhammad Hameed Abul Nasr, Syeikh Mustafa Masyur, dan yang terkhir Muhammad Mehdi Aqif sebagai mursyidul am Ikhwanul muslimin masa kini.
Partai Keadilan Sejahtera di Indonesia mencatat sejarah kebangkitan Islam yang berkesan pada bekas tanah jajahan Belanda tersebut. Dalam buku "Ulama' Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan', sejarah berasaskan kebenaran yang tidak dapat diselewengkan menceritakan Snuck Hurgrunje yang menyamar sebagai orang Islam danmengadakan pakatan bersama Belanda Indonesia untuk mematahkan kebangkitan ulama' pada masa itu terserlah juga. Namun pandangan-pandangan Snuck Hurgrunje tetap diguna pakai sebagai sumber rujukan sejarah. Sebagai contoh, buku teks sekolah menengah di Malaysia sendiri memuatkan pandangannya terhadap kedatangan pengaruh Islam ke nusantara pada abad ke 15 hijrah walhal pengaruh Islam telah lama sampai ke nusantara sejak pemerintahan khalifah lagi dan secara rasminya berpengaruh di nusantara 2 dekad (seingat saya) lebih awal dari tarikh yang termaktub dalam sumber asas rujukan pelajar-pelajar SPM tersebut.Begitulah golongan kafir memutarbelitkan fakta, memalsukan kebenaran dan menyelewengkan amanah. Fakta ini boleh dirujuk dalam buku karangan Abdullah Ishak yang bertajuk 'Islam di Nusantara'. Andai berpeluang, akan saya ulas tajuk ini dalam post yang berikutnya.
Pada masa kini, antara tokoh terkenal yang memperjuangkan Partai Keadilan Sejahtera ialah Dr Ir Nurmahmudi Ismail dan Dr Nurhidayat Wahid. Pelbagai aktiviti seperti usrah, mukhayyam, tamrin dan aktiviti rasmi telah dijalankan seperti Forum Lingkar Pena yang mengumpulkan penulis-penulis berbakat bagi menggalakkan dakwah dalam bidang penulisan. Ideologi mereka turut mempengaruhi pergerakan-pergerakan pelajar di kampus-kampus. Antara pertubuhan lain yang turut berjuang mempertahankan Islam ialah sarekat Islam, Nahdatul Ulama dan Ansor, Muhammadiah, dan Masyumi (Majlis Syura Muslimin) yang turut pernah dianggotai oleh HAMKA.
Di Algeria,selain Front Islamic Salvation, Sheikh Abdul Qadir Al-Jazair cukup sinonim sebagai tokoh perjuangan di negeri itu.
Jamiat Islami di Pakistan telah diasaskan oleh Abul A'la Al Maududi diikuti Mian Tufail Mohamed sebagai pemimpin selepasnya. Qazi Hussein Ahmad merupakan peneraju perjuangan Jamiat Islami sejak tahun 1987hingga kini. Jamiat islami juga mempunyai pertubuhan cabang sayap muslimat yang dikenali sebagai Halqah e-Khawatim. Gerakan pemuda pula dinamakan PASBAN.
Di Palestin, HAMAS , singkatan daripada Haraqatul Muqawwamatil Islam mencetuskan Intifadhah iaitu kebangkitan menyeluruh umat Islam menentang penjajah mereka. Antara tokoh yang memimpin ialah Syeikh Ahmad Yassin, Dr Abd Aziz Rantisi dan Khaled Mashaal yang memimpin perjungan yang tidak berkesudahan ini..
Begitulah sedikit sebanyak ulasan tentang buku ini. InsyaAllah, selepas ini saya akan meneruskan ulasan saya pada tajuk Jalan Dakwah, antara Keaslian dan Penyelewengan diikuti Ulama' dalam Sorotan Perjuagan Kemerdekaan mengikut perancangan saya yang amat dhaif ini, saya berserah diri kepadaNya, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepadaNya diatas kefahaman yang diberikan untuk saya berkongsi bersama antum sebagai wadah pemula kebangkitan ilmu untuk kebangkitan Islam kini… Wallahu A'lam.

Hanisah Binti Wanasan
6 Disember 2007
11.19 pm.

buat mereka yang ku cinta.. selamanya kita di saffNya.