Monday, December 17, 2007

Tafsir Al Fath 3: Ayat 4 dan 5

Tafsir Al Fath: ayat 4 dan 5.

Perkara-perkara yang terjadi dalam peristiwa Hudaybiyyah kepada kaum mukminin.

1) Hati mereka dipenuhi harapan dan cita-cita untuk melihat mimpi rasulullah itu terlaksana iaitu untuk memasuki Masjidil haram, tetapi tiba-tiba dihalang oleh kaum musyrikin Quraisy . mereka dtidak dibenarkan memasuki Mekah pada tahun tersebut.

2) Rasulullah pula bersetuju menerima syarat mereka sedangkan kaum mukminn telah berihram dan membawa unta-unta yang hendak dikorban dan dikalungkan.

3) Mereka juga terkilan apabila Rasulullah menerima syarat yang berat sebelah iaitu memenangkan kaum musyrikin.

4) Kisah Adu Jandal anak kepada Suhayl juga telah mencabar kesabaran mereka tetapi mereka tetap patuh kepada Rasulullah.

5)Kaum muslimin terlalu kecewa kerana semangat mereka yang pada awalnya berkobar-kobar untuk memerangi kaum musyrikin dalam baiah ridwan terpaksa dibiarkan dahulu untuk satu perdamaian. Sebelum keluar bertolak ke mekah, mereka menyangka hanya akan masuk ke Mekah dengan aman tetapi apa yang terjadi ialah timbul beberapa konflik bersama kaum musyrikin dalam perjalanan menuju ke Mekah. Setelah hati dan semangat mereka berkobar-kober untuk berjuang, mereka terpaksa meredakan perasaan mereka dengan satu perdamaian yang menguntungkan pihak musyrikin. Tetapi mereka tetap yakin dengan Allah dan Rasulnya. Yakin dengan perancangan Allah dan setiap hikmah di sebaliknya.

Disebutkan di dalam tafsir..
"Oleh kerana Allah mengetahui segala perasaan yang mendidih di dalam hati kaum muslimin pada hari itu adalah terbit dari Iman, iaitu terbit dari keghairahan keimanan mereka, bukan kerana kepentingan diri mereka dan bukan pula kerana semangat jahiliah yang ada pada mereka, maka Allah telah mengurniakan rasa ketenteraman kepada mereka.."

" pada hari berlakunya peristiwa itu, kaum muslimin gembira di atas apa yang telah ditetapkan Allah untuk mereka . Mereka menaruh harapan yang besar selepas mendengar ayat-ayat pembukaan surah ini, kerana dari pembukaan ini mereka mengetahui kemenangan yang telah dikurniakan Allah kepada rasulnya, lalu mereka pun menunggu-nunggu habuan mereka dan bertanya-tanya mengenainya. Dan setelah mendengar dan mengetahui, hati mereka pun penuh taqwa dan keredhaan, kegembiraan dan keyakinan.."

No comments:

buat mereka yang ku cinta.. selamanya kita di saffNya.