Friday, December 14, 2007

TAFSIR AL FATH 2



"Semalam telah turun kepadaku satu surah yang lebih dicintaiku daripada seluruh dunia dan segala isinya…"
Hati beliau yang jujur itu telah dilimpahi perasaan syukur terhadap Allah yang mengurniakan nikmat-nikmat yang besar itu. Kesyukuran itu 'dinyatakan' dalam solatnya yang panjang.. "Adalah rasulullah apabila sembanhyang, beliau berdiri sehingga bengkak kedua kakinya" dan Siti Aisyah telah menegurnya,"Wahai Rasulullah, mengapa anda bersembanhyang sehingga begini, sedangkan Allah telah mengampunkan dosa-dosamu yang telah lalu dan dosa yang kemudian?.." jawab Rasulullah..

"Tidakkah aku patut menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur kepada Allah?.."


Tafsir Ayat 1-3

Surah ini dibuka dengan limpah kurnia Allah yang amat besar kepada Nabi S.a.w iaitu

kemenangan yang jelas,
keampunan dan nikmat yang sempurna ,
hidayah yang tetap dan
pertolongan Allah yang kuat.

Ia juga merupakan balasan kepada keyakinan dan ketenteraman yang sempurna kepada;

Ilham dan arahan-arahan Allah,
Sikap berserah kepada perintah Allah dengan penuh kerelaan,
sikap mengosongkan jiwa dari kehendak keinginan peribadi dan
balasan kepada kepercayaan yang mendalam kepada kawalan dan pemeliharaan Allah yang penuh mesra.

Keyakinan, kepatuhan dan kesetiaan Nabi kita Muhammad S.A.W kepada Allah…

Perjanjian Hudaybiyyah merupakan satu kemengan dakwah.
Buktinya, jumlah orang-orang yang memeluk Islam dalam masa dua tahun (tahun perjanjian hudaybiyyah-tahun pembukaan kota Makkah) adalah sama ramai dengan jumlah kaum muslimin sebelum perdamaian atau lebih lagi.

Kesan dan hikmah utama perjanjian Hudaybiyyah;
Kaum Quraisy mengakui kedudukan nabi.
Pengiktirafan masyarakat umum kepada Nabi dan kaum muslimin setelah orang2 quraisy dan pembesarnya memamdang kaum muslimin sebagai tandingan yang setaraf dengan mereka. Sebelum ini kaum muslimin dipandang hina dan lemah berbanding arab Quraisy yang sangat berpengaruh.
Memberi pengajaran kepada orang arab Badwi di Madinah yang tidak mahu menyertai Rasullullah s.a.w dan menyangka mereka tidak akan pulang dengan selamat.
Suara kaum Munafiqin yang menghasut Muslimin menjadi amat lemah.
Orang-orang arab juga mula mengunjungi Rasullullah dari segenap penjuru.
Kekuatan yahudi dapat dihancurkan.
Rasullullah dapat mengirim tentera ke tempat yang jauh tanpa gangguan dan seterusnya tindakan tersebut membantu Rasulullah menakluki Makkah kemudiannya.
Allah mengurniakan kemenangan jiwa dan hati kepada kaum muslimin.

Kemenangan Jiwa dan Hati
Para sahabat yang telah mengadakan perjanjian setia Ar-Ridhwan telah dinyatakan oleh Allah bahawa ia mendapat keredhaan Allah..







Hanisah bt Wanasan
6.07 am
15 Disember 2007

Rujukan; Tafsir Fi Zilalil Qur'an.

No comments:

buat mereka yang ku cinta.. selamanya kita di saffNya.