Tuesday, January 1, 2008

Al AZHAR DESAK TERBIT BUKU IKHWAN

Keratan Akhbar: Laman Global.
AL AZHAR DESAK TERBIT BUKU IKHWAN.

KAHERAH: Lajnah akademik universiti Al Azhar mendesak pihak berkuasa Mesir menerbitkan buku-buku tulisan para pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin.
Desakan penerbitan itu membabitkan buku sama ada penulisnya telah meninggal dunia, masih hidup atau yang berada dalam tahanan di penjara Mesir. Sumber Al Azhar berkata, buku-buku tulisan karangan para pimpinan Ikhwanul Muslimin disifatkan sebagai bahan bacaan bermutu tinggi dari sudut isi kandungannya.
Manfaat lebih besar akan dapat diperoleh melalui buku dihasilkan secara ikhlas oleh pengasas yang juga Mursyid Am pertama Ikhwan Muslimun, Imam Syahid Hassan Al Banna, katanya
Lajnah itu menolah sebarang sikap prejudis pihak berkuasa yang menyifatkan Ikhwan sebagai pertubuhan bawah tanah yang diharamkan.
"Bahan-bahan tulisan mereka mengandungi banyak manfaat kepada orang Islam bukan sahaja di Mesir malah di seluruh dunia.
"ini kerana ia mengajak umat supaya berada dalam satu jemaah serta mengembalikan kedaulatan Islam dalam pemerintahan negara,"demikian menurut sumber tersebut.
Idea asal berbuat demikian pernah disuarakan Majma' Buhuth Islamiah (Akademi Penyelidikan Islam) di bawah seliaan universiti Al Azhar yang berharap cita-cita tersebut mencapai matlamatnya.
Buku-buku tersebut menurut sumber, banyak mendidik masyarakat menjadi umat berkualiti dalam kehidupan mereka, pada ketika persoalan akhlak dan jati diri Muslim semakin terhakis.
Pihak yang sanggup menjadi urusetia projek yang melibatkan pencarian bahan-bahan, percetakan dan pengedaran kepada umum, akan memulakan kerja seperti mengumpul bahan-bahan seperti buku, kaset ceramah yang masih dalam simpanan anggota-anggota Ikhwan yang masih hidup ataupun waris mereka.
Antara buku menjadi keutamaan dicetak adalah tentang keperibadian Imam Hassan Al Banna sendiri; Islam Adalah Penyelesaian' tulisan mantan Mursyid am,Mustafa Masyur di samping buku-buku tulisan beberapa mantan Mursyid Am seperti al Marhum Umar At Tilmisani, Muhammad Hamid Abu Nasr,dan Ma'mun Hudaibi. Ia termasuk buku berjudul Ad Dakwah Islamiah Faridhatun Syariah Wa Dharuratun Basyariah oleh Imam Hassan Al Banna yang menyeru umat supaya berada dalam satu jemaah seperti gerakan Ikhwanul Muslimin.
Ikhwan berusaha mendaulatkan Islam, bukan sahaja dari sudut politik, malah merangkumi aspek ekonomi, kemasyarakatan.
Selain itu, ada keperluan mendesak menerbitkan bukunya Dakwatuna (Dakwah Kita) yang wajar disebarkan kepada pengetahuan umum secara segera, katanya.

No comments:

buat mereka yang ku cinta.. selamanya kita di saffNya.