Sunday, November 2, 2008

Ayat-Ayat Cinta - lirik sebenar.

desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisahku di antara
cinta yang rumit

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan demi Cinta Yang Agung
ku pertahankan

maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin kucegah
ayat-ayat CintaMu bercerita
cintaMu padaku

bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama ( Al Anfal:23,24)
namun harus ku gandakan Cinta
untuk ku bersujud


Tafsir Ayat-Ayat Cinta:
Bait 1
padang pasir yang tandus, kering kontang tanpa air, namun kadang-kadang wujud bayangan air, itulah fatamorgana. begitu juga hati ini, semakn tandus cinta yang hakiki, disangka wujud bertapak di hati namun ia juga seperti fatamorgana itu, angan-angan memiliki cintaNya yang hakiki. Dalam kegoyahan itu,datang pula ujian cinta duniawi. antara dua kasih, cinta yang agung atau cinta insani, rumit benar menepis cinta duniawi...

bait 2
bila aku selalu diuji, hati ini telah kalih dengan persepsi cinta duniawi. ujian demi ujian datang untuk memastikan diri ini berdiri dengan keyakinan yang pasti. Bila keyakinan ini datang, kasihku bukanlah lagi sekadar kerana mahukan syurgaNya, bukan sekadar untuk mengelak nerakaNya, malah kasih kerana cinta untuk menghadap wajahNya, rindu yang kuanyam dulu menjadi hamparan sejadah untukku bertemu denganNya, kini terburai dek mutiara bertaburan berserakan dari terlafaznya bukti cinta suci di pertemuan ini. Cinta AgungNya inilah yang mahu aku pertahankan, maka pengorbanan demi pengorbananlah galang gantinya demi Cinta itu.

bait 3
wahai insan,maafkan aku kerana aku tak sempurna untuk menyintai insan yang juga tak sempurna sepertiku. aku tak mampu menyintaimu sepenuh hatiku, kerana hati ini milik tuhan yang menjadikanmu.
wahai Tuhan, aku tak pandai untuk hidup tanpa cinta. tak mungkin ku cegah kehadiran cinta di hati, samada cintaMu atau cinta insani, salah satunya pasti mengisi dan takkan berkompromi,maka berikan cintaMu, kerana ku tak mahu zalim terhadap hati yang kau pinjamkan ini, meletakkan cinta kepada bukan yang sepatutnya.

bait 4
Cinta Hakiki.. itulah kebahagiannya yang sebenar. Kata surat cinta Ilahi di dalam 'sampul' Al Fath ayat 4, sakinah itu kebahagiaan yang hakiki. bila ini terjadi, pastinya ku akan merasakan makna kehidupan yang sebenar. Itu janji Sang Kekasih dalam surat(surah)nya yang bersampul Al-Anfal ayat 23 dan 24. Ayat hidup yang menjanjinya kekalnya diri di samping rabbi.
namun semua ituakan tercapai, HANYA apabila cinta di hati ini CINTA ILAHI,
Ya Allah.. semai hidupkan ma'rifat dan mahabbahMu, moga aku menyedari betapa bergandanya cintamu, supaya aku turut menggandakan Cinta ini.

No comments:

buat mereka yang ku cinta.. selamanya kita di saffNya.