Tuesday, November 4, 2008

NIKMAT

Ku hayati pagi ini Ya Allah..
Dimana pada pagi ini kerajaan alam buana ini ditangan Mu
Puji tahmid untukMu
Tidak ada yang mampu menyamaiMu
Kuhayati pagi ini atas landasan fitrah dan khuluq seorang muslim..
berpegang atas prinsip keikhlasan dan prinsip diikhlaskan
berpegang kepadaDiinmu wahai Muhammad Sallallahualaiwasallam..
yang juga agama 'ayah' kami Ibrahim alaihi wasallam dengan setulus hati...

diri ini,
adakah nikmat-nikmat yang ada akan melemahkanmu?
Bukan untuk itu wahai diriku
Tapi untuk memudahkan..mengindahkan..
itu kias Cinta
lantas, apa fungsinya deria-deria ini?
tak lain tak bukan
hanyalah wasilah untuk mengenalNya
Tuhan..
Hamba tak tahu untuk hiidup tanpa Cinta
Cinta hakikilah jawabnya
kerana yang selainnya hanyalah fana'
Adakah hati ini kan kembali berpaling?
Pelihara diri ini Ya Allah..

Diri ni,
Hiduplah sebagai hamba
kerana kau tak layak, tak mampu untuk
berperanan sebagai apapun selain hamba.
Bagaimana engkau boleh tidur sedangkan engkau belum bangun?
bagaimana engkau memilih untuk bermimpi
sedang engkau sedang mengalami mimpi
melakonkan watak seorang manusia di pentas fana' dunia
bagaimana engkau boleh menurut keinginanmu
sedangkan makhluk lain menurut kehendakNya tanpa bantah..

Diri ini,
adakah engkau mahu berpaling
hanya kerana engkau dikurniakan akal dan kemahuan?
Sedarlah diri ini,
akal itu wujud untuk mencariNya
kemahuan itu wujud keran fungsinya hanya untuk Cinta AgungNya
ibrah fikirnya Al Adawiyah dan Al Basri
itulah manifestasi Cinta dalam Taat, Taat dalam Cinta

Benarlah
setiap yang hadir di hadapan mata
setiap tang melintas di cuping telinga
setiap yang terasa di hujung jari

hanya untuk mengingatiNya..

No comments:

buat mereka yang ku cinta.. selamanya kita di saffNya.